NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Tuesday, December 29, 2009


Weekend Yang BZ...

Weekend kali ni aku bz sangat2. maklumlah minggu depan Aliff dah nak naik sekolah. Start dari hari Jumaaat hinggalah hari Ahad semuanya terisi dengan jemputan n aktiviti....Uruskan rumah, beli baju sekolah aliff kat KIPMART, gi beli barang sekolah Aliff kat MYDIN, gi belanja barang dapur kat GIANT, gi makan steak kat MAMACHOP PAPA GRILL, gi jemputan kawin 2 tempat, kat SERI SERDANG ngan SIMPANG RENGGAM , gi mancing kat PERLING, gi majlis cukur jambul anak sepupu aku kat kampung GELANG PATAH, gi beli baju husband aku kat DANGA BAY, gi tengok pameran motor kat DATARAN BANDARAYA dan yg lain2 tu takyahlah aku list kan kat sini. dah lupa dah....... Nasib baik bila aku naik kerja hari semalam, kerja tak banyak. rilex sikit rasa..petang plak blackout so langsung tak leh nak buat kerja. Tapi aku pelik lah walaupun aku rasa cam bz n penat, badan aku tetap jer naik takmau turun. tu yg boring.. kekadang terasa gak nak gi ke LONDON WEIGHT MANAGEMENT, tetapi bila memikirkan duit yg tak berapa nak ada ni terpaksa lah wat dang jer dulu....


Ni malam tadi ayah aku blanja kita org satu family makan sup tulang kat tempat kerja ayah aku (JKR ) sedap tau sup dia...


Masa ni dah nak balik

Gi makan kat sini lepas habis belanja barang dapur kat GIANT

Chiken Chop

Aku syer ngan husband aku minum air dlm gelas besar bagak ni.. JUMBO

majlis kenduri kawin kat simpang renggam

Selamat Pengantin Baru Zahari n Wife ( tak tau nama dia)


Berteduh sbb hujan renyai


kat luar dewan MPSR

Pameran motor kat DATARAN






Ini sahaja gambar yang aku sempat snap sepanjang weekend hari tu......

Wednesday, December 23, 2009

OLE-OLE DARI MELAKA DAN KELANTAN

Hari Isnin aku dapat ole2. Nak tau apa? Cencalok dan juga Budu.. Citer nyer cam ni. aku sebenarnya tak makan benda2 ni. Tapi masa aku praktis koir hari tu catering tu ada lah buatkan cencalok utk kami makan tengahari. Aku pun cuba rasa...sedap gak rupanya cencalok ni.. lepas tu aku pun jumpa Tuan Azman. Dia ni orang melaka dan mmg tiap2 minggu ulang alik ke melaka sbb family dia kat sana. So aku pun mintak lah dia belikan sebotol cencalok. Once aku dapat jer cencalok tu aku terus try buat mcm mana kakak catering tu buat.. Jadi .. sama rasa.. sebotol tu habis dalam seminggu jer. Tuan Azman pulak cam tau2 jer yg cencalok dia bagi tu dah habis. Isnin pagi tu dia terus bagi 2 botol kat husband aku. Terima kasih bebanyak yer tuan... murah rezeki...tuan( maklumlah org bagi free) .... Lepas tu pulak aku nampak zidin, member husband aku bagi 2 botol yang berbalut ngan suratkhabar. Aku ingatkan apa rupanya budu... dia baru balik dari kelantan tu yang bagi kami 2 botol budu.. sebenarnya aku tak pandai lagi nak makan budu. Aku tak tahan bau dia. tapi husband aku mmg hantu betul... balik2 terus dia suruh aku masak style kelate plus ngan budu yg zidin bagi.. so sekarang ni kalu aku masak confirm dalam menu aku ada cencalok utk aku n budu utk husband aku. Baru adil kan. anak2 aku pulak belum pandai lagi makan benda2 ni......so utk dia org aku bagi kicap jer lah...







MARI BELAJAR SEMBAHYANG

Seperti biasa anak-anak aku bila time maghrib tu semangat nak sembahyang lebih sikit. Tapi biasanya yg semangat tu Aliff jer. Irfan pulak selalu cakap "Adik tak nak sembahyang tau ma hari ni... sebab adik malas.... " tapi hari tu aku paksa jugak si adik sembahyang jemaah. Alhamdullillah walaupun pergerakan tak berapa betul tapi step urutan sembahyang tu dah boleh la....Aku pun tengah tercari2 sekolah / taska yang sesuai untuk Irfan sbb dia beriya2 benor nak ke sekolah.. kat mane yer????? nak masuk kan pra sekolah macam terlalu awal. Irfan ni pulak susah betul nak mandi sendiri, makan sendiri.. semuanya nak suruh aku atau nenek dia yang buat. Maklumlah manja...tu yang aku mcm tak confident jer...





Ni sujud ke tiarap dik?


Monday, December 14, 2009

CERITA HUJUNG MINGGU

Weekend minggu ni takde nak buat aper2. Hari Jumaat aku tidur kat rumah mak aku sbb husband aku kerja malam. so pagi hari sabtu, habis kerja terus husband aku amik aku n anak2 kat rumah mak. otw balik aku singgah kat pasar beli ayam, ikan dll untuk makan tengahari. Menu pada hari sabtu hari tu adalah Ikan Asam Pedas, ayam goreng rempah ( resepi dari cousin aku kat sabah), ulam2 bersama cencalok dan asam laksa( sorry lupa lak nak amik gambor) .bila dah makan, mata pun rasa berat jer, dan tetiba... anak beranak terlelap....Hari tu kira aku tak kemas rumah langsung sbb penyakit malas melanda. Bila dah petang tu boring sangat rasa. Then aku g tempat kerja adik aku. bawaklah sikit makanan utk dia..


Bila dah boring mcm2 jenis tindakbalas @ pergerakan boleh keluar kan.





HARI MINGGU

Pagi2 lagi aku dh bangun sbb husband aku kerja pagi so kenalah bangun buatkan air. Hari ni semangat rajin dtg tetiba.... habis aku kemas semua rumah aku, vacum, mop( bukan kat bawah jer tp tingkat atas skali yer) , masak, basuh baju,basuh pinggan, lipat baju, susun baju dll. Wah banyak nyer kerja aku buat!!! poyos betul.....bila dah siap kerja, mak aku pun call ajak balik kampung. (Mcm tau2 jer aku dah siap kemas rumah) Dia ckp, kat rumah nenek aku banyak buah ciku yg dah tua dah boleh amik untuk diperam. Aku pun ok jer lah. Nak duduk rumah jer pun boring gak. Husband aku balik malam. Lg pun aku dah lama tak jengok nenek aku kt kampung. Kat bawah ni pic kami masa petik buah ciku..

Ini rupa buah ciku yg dah cukup tua dan dah boleh petik. Tapi tak leh terus makan kena peram dulu.

Aliff tukang petik buah yg kat atas



Ini mak aku..MAK PIAH... nak gak posing


Wooi Ayin buah tu belum masak lah....

Akhirnya inilah hasil yg kami dapat... satu mangkuk.. kat pokok tu masih ada banyak lagi tp belum cukup tua.. takpe nanti kami mai repeat lagi....



Thursday, December 10, 2009

MACAM MANE NAK TENGOK GAMBAR NI?



Hari ni aku rasa masa berlalu begitu lambat sekali.. kat opis ni pulak tak banyak kerja nak buat. so bila takde kerja tu tangan ni pun gatal2 menggobel gambor yg ada kat handphone. tetiba jumpa pic ni. Lepas tengok pic ni terus jd pening n terus teringat ngan pasangan kembar siam. kalau lah betul2 jadi camni camner yer nak jln?



Friday, December 4, 2009

MAKAN ANGIN KE BRINCHANG CAMERON HIGHLAND

N3 ni kira sambungan dari cerita balik kampung semalam. Ini kira first time lah aku n family aku ke cameron highland. Keluar dari Highway Tapah dlm pukul 4 ptg dan aku sampai ke Brinchang lebih kurang pukul 6 .30ptg. perjalanan sungguh bosan campur takut sbb jln nyer sungguh bnyk selekoh. sampai2 kami terus cari hotel. sebenarnya dari jauh aku dah nampak satu hotel yg betul2 terletak atas bukit. aku terus suruh husband aku pergi kat hotel tu. kebetulan pulak hotel tu terletak betul2 belakang balai bomba so senanglah husband aku nak jumpa kawan dia. Masa tu cuma ada satu jer bilik yang available utk 2 katil queen size. maklumlah cuti sekolah semua hotel penuh. Harga pn murah gak 1 mlm cuma RM 200. Lepas check in husband aku terus lelap. maklumlah dah letih memandu. Aku pulak sibuk mandikan anak2 n bersiap utk keluar malam tu. Dalam pkl 8 mlm husband aku ajak kami keluar. destinasi kami adalah ke pasar mlm.. best jugak sbb banyak sgt sayur yg segar2 dijual kat situ. tp aku tak beli pun. Tiba2 member husband aku call. Dia ni kerja kat balai cameron baru sampai dari Kelantan. Nama dia Shahrul kalau tak silap aku tp dia lebih dikenali dgn panggilan Imam sebab masa dia org pergi kursus Scuba dulu dia jd Imam husband aku pulak jd bilal . Tu yg gelaran tu kekal.

Inilah hotel tempat kita org bermalam


Inilah dia Imam ngan wife dia. Terima kasih banyak2 sbb sudi entertain kita org. Kalau dtg JB nanti boleh lah kami pulak entertain you all yer.


HARI KEDUA

Anak2 aku punya semangat nyer nak berjalan, pukul 7 pg dia org dah bangun. spoil betul, nak bangun lambat pun tak leh. lepas bersiap2 kami terus sarapan. Dalam pukul 10pg Imam call n bawak kami jln2. destinasi pertama adalah ke kea farm tempat jual sayur. kat situ baru aku beli sikit sayur, lepas tu ke Big farm tempat org tanam sayur, strawberry etc......cuma sepanjang aku kat sana hujan jer. tu yg perjalanan kami terbatas. lepas check out aku terus pergi ke ladang teh tapi dsbbkan cuaca hujan, kami tak berkesempatan nak turun. cuma dapat amik gambar jer dari cafe tempat kita org "ngeteh". jadilah....sepanjang perjlnan balik tu banyak org asli jual petai, durian n hasil2 hutan. Aku sempat lah singgah kejap beli seikat petai utk di bawa balik. Destinasi last kami adalah ke Lata Iskandar, tempat ni odw jer nk kuar dari situ. kami pn singgah lah utk amik gambor jer.

Dah siap nak keluar tp kena tunggu daddy mandi dulu


Banyak2 benda yg ada kat cameron tu payung yg menjadi pilihan hati irfan. dia beli payung tu guna duit raya yg nenek dia bagi masa jln2 kat pasar mlm. tak mahal RM 9 jer....

Alif yg menyebok jer nak gak amik gambor ngan payung adik dia. duit dia langsung tak beli apa2 dgn alasan nak simpan. tapi sebenarnya dia ni mmg kedekut pun.

Ni masa kat Big Farm ( ladang tomato)


Salad yg ditanam menggunakan kaedah hydroponic






cuba teka kat atas tu pokok apa???? ya pokok anggur

ladang strawberry

Singgah kat kedai cameron valley beli teh

kat belakang tu adalah pemandangan ladang teh dari cafe tempat kami berhenti ngeteh. (Husband aku yg sgt eksen sbb dia tak pakai pun sweather dgn alasan dia tak rasa sejuk pun konon ala2 peserta yg bakal panjat gunung Everest lah...)






kat sinilah kami berhenti utk beli petai..

singgah kejap kat sini




Dalam pukul 9.30 mlm kami selamat sampai kat rumah. wah leganya setelah hampir seminggu aku tinggalkan rumah. masuk2 rumah jer terus aku ligat menguruskan baju2 kotor n kemas brg2 yg kami beli.


Aksi 2 beradik yg seronok dh sampai kat rumah

Ini lah dia antara brg2 yang sempat aku shopping


Menu kami esoknya

Sambal udang petai