NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Monday, April 19, 2010




SANTAI BERSAMA BABY ALEESYA

Baby ni nama dia aleesya. baru 3 bulan, duduk sebelah rumah aku. hujung minggu bila boring aku amik lah baby aleesya main ngan kita org kat rumah.. maklumlah aku ni nak sangat baby tapi tak dapat2 so manalah tau kan kalau rajin amik baby ni bawak balik rumah, nnt boleh lekat kot.. InsyaAllah.. baby ni so cute. bila alif ngan irfan agah, ternganga-nganga mulut dia gelak tapi yang pelik suara tak keluar langsung.. Husband aku pulak memang suka budak so bila aleesya ada boleh lah praktis..First day aku amik aleesya main2 kat luar jer.. esok nyer aku pinjam lagi tapi kali ni bawak main dalam rumah. Aku siap bongkar kat dalam stor lagi cari rocking chair aliff dulu. masih ada aku simpan tapi bila letak aleesya jer dia terus nangis. rupanya dia tak nak baring.. dia nak di pegang jer..
Alif ngan irfan pun suka bila aleesya ada. dua-dua pakat nak pegang. si irfan pulak asyik jer nak cubit pipi aleesya yang tembam itew...

Ada gaya ibu misali tak???




Monday, April 5, 2010



Al fatihah buat Arwah Pak Anjang
Aku rasa macam baru jer aku letak gambar Pak Anjang kat blog aku ni. Tetiba hari Rabu 31.03.2010 dalam pukul 8.00mlm aku dapat call dari kak suria mengatakan Pak Anjang meninggal dunia. Pak anjang yang mana satu ni. yang datang rumah aku hari tu ker? Bila Kak Suria cakap Pak Anjang keladi jer aku terus terkejut. apa tak nyer baru bulan lepas dia datang rumah aku. Masa dapat call tu aku tengah sembang ngan jiran aku pasal urusan kereta..cecadang nyer aku nak tukar kereta..maybe sebelum raya kot..( berangan sungguh aku ni kan) tapi takper kalau takde angan2 bukan manusia normal nama nyer tu. Alamak melalut lak aku.. kat mana tadi...ooo citer pasal pak anjang..lepas dapat call jer aku terus call husband aku..masa tu dia baru habis row call. dah nak balik. dia pun terkejut macam tak caya.. berulang kali dia tanya aku pak anjang yang mana satu? maklumlah dalam family dia mmg banyak sgt nama pak anjang, anjang din lah, anjang keladi lah, anjang apa lagi aku pun tak ingat....bila aku cakap pak anjang keladi.. sah lah yang datang rumah kita org hari tu..tp dia masih gak tak percaya dia terus call kak suria utk buat confirmation... sah.. PAK ANJANG KELADI lah yang meninggal..
Malam tu dalam pukul 9.45mlm kita org pun bergerak lah pulang ke kampung. tapi kami singgah kat kl dulu amik kak suria. Dari KL kami gerak 2 buah kereta.. Along pun balik jugak..sampai perak Pah pulak follow.. so makna nyer husband aku adik beradik semua balik.. sepanjang perjalanan hujan tak berhenti2 lebat pulak tu.. lebih kurang pukul 6.00pg kami semua selamat sampai kat umah mak mertua aku..
Pagi dalam pukul 10.00 aku siap kan alif ngan irfan.. kami pergi ke rumah arwah pak anjang.. masa kami sampai mayat belum dimandi kan lagi. Aku tak nengok pun mayat nyer cuma alif ngan irfan jer yg sibuk kat mayat tu, lepas tu dia dtg kat aku sambil cakap "Mama ...mama atuk tu kan senyum" Alhamdullillah... dalam hati aku..sepanjang pengetahuan aku, arwah pak anjang ni seorang yang kelakar, kalau dia ckp pun kekadang aku nak gelak jer..dia ni baik org nyer.. Semoga pak anjang diletakkan bersama org2 yang soleh..Amin..
Hari Jumaat lebih kurang pukul 7 mlm aku gerak balik ke JB.. penat lah jugak walau pun aku tak drive.. tapi aku kesian betul ngan husband aku. kita org sampai rumah pukul 3.00 pg tidur dalam 3 jam cam tu pukul 8.00pg terus husband aku gerak pulak ke Terengganu.. lepas tu bas dia org rosak kat segamat ( tayar pecah) start dari pkl 12.00thari sampai pukul 7 mlm baru siap dibaiki. Last2 sampai kat Terengganu pukul 1.00pg.. Bila dah settle semua dalam pukul 2.00 pg gerak pulak balik JB semula. Pehhh..penat tu.. pergi kedah....pastu terengganu balik hari.. hari ni pulak Isnin 5.04.2010 dia akan berada di Bandar Penawar selama 3 hari untuk in charge selection pasukan scuba. Balik jer nanti dia akan terus ke Merapuh, Pahang untuk Kawad Kecekapan pulak (4 hari kat dalam hutan).. Bz..bz..nampak nyer aku akan terus dan terus ditinggalkan.. apa nak buat.. dah nama nyer kerja kan...


Yang kat depan tu arwah Pak anjang