NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pertamanya aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang sudi baca blog aku ni. walaupun blog aku ni takde lah best mana..blog untuk puaskan hati sendiri jer. Tahun ni aku beraya di rumah mak aku. Lepas siap masak sehari sebelum raya kat rumah mak, aku terus balik rumah aku. Pagi2 dalam pukul 7 lebih aku dah keluar rumah bersama suami tercinta untuk ke surau sembahyang sunat aidilfitri. Lepas tu sesi bermaaf-maafan sambil mengeluarkan air mata.. hehehhe.. syahdunyer time2 mintak ampun dan maaf ni. Biasa nyer aku lah yang akan lead sbb aku anak sulung..diikuti dgn suami ku.. dan adik beradik yg lain. kali ni semua ada kecuali adik aku yg ke dua. Dia beraya belah isteri dia dulu.. lepas bersalaman kami semua pulang ke kampung sebelah mak aku kt Gelang Patah. Lepas solat Jumaat baru kami gerak ke Kampung sebelah ayah pulak pun dekat Gelang Patah jugak..dalam pukul 6.30ptg aku balik rumah sbb malam tu suami aku kerja....
Rambut raya aku,siap colour lagi tau






shela n family tema tahun ni purple semua nyer purple termasuk lah rambut

adik2 aku yg masih belum berumahtangga


Gambar family
sesi bersalaman

Masa ni air mata dh start berderai dah.


Mak Piah yang begitu syahdu

" Abang selamat hari raya maaf zahir batin, salah silap harap dimaafkan , makan minum minta dihalalkan"

beraya di rumah Pak Yuk. Sepupu sepapat aku dari KL





Masa ni kat dalam rumah dh penuh sbb ramai family dari Singapore datang so mereka2 ini pun mengambil kesempatan melepak kat belakang rumah tok siti.

Hari raya ke 2

beraya kat rumah Pak Long aku.. masa ni panas sampai berlenggeng si Fehreez ni. Fehreez ni anak saudara aku, baru masuk 4 bulan tapi berat dah 6 kg.. comel sgt.. putih melepak. cuba tengok beza kulit kami..



family dari KL

Anak sepupu aku yg keletihan


Yang takde tangan sebelah tu lah Pak Yuk aku. Tangan dia kudung sbb termasuk dlm mesin masa dia kerja kat kilang papan. Masa tu umur dia muda lagi baru belasan tahun.

sepupu ku tercinta kak net bersama dgn anak dia yg sangat lah penakut. dengan semua org dia x nak kecuali mak dia jer


kat tong sampah pun sempat kami berposing

Wednesday, September 8, 2010

HARI RAYA GIFT FROM MY BOSS


Tahun ni bos aku tak banyak dpt gift mcm tahun2 lepas. Tapi adalah jugak dan seperti biasa PA punya bahagian mesti ada punya. Mula2 start puasa aku dh diberi bermacam2 jenis kurma Yusof Taiyobb, wasina, safiya dan mcm2 lagi tapi disebabkan aku ni tak berapa minat dgn kurma so aku sedekah lah kat jiran2 n budak2 kat opis ni. Kalau tak amik kang takut bos kecik hati pulak. Dah dekat2 nak raya ni sibuk pulak dengan kuih raya. Gift2 kuih raya yang dtg kat opis ni mmg cantik-cantik belaka. Aku sebenarnya bukan tertarik sangat dengan kuih yg kat dlm tu tapi dengan bekasnya. Mmg cantik2. Sebenarnya aku dah mula kumpul bekas-bekas gift ni dari awal aku masuk bomba zaman bos aku yg pertama dulu. So masuk tahun ni dah kira tahun ke 4 lah aku mengumpul bekas2 gift ni. Seperti biasa bos aku akan pass gift2 yg dia dapat tu kat aku. Dia tahu PA dia ni mmg minat kumpul gift2 ni. Untuk tahun ni aku dapat dalam 5 jenis bekas. Yg kat bawah ni adalah antara yg menarik pada pandangan mata aku. Dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada bos aku PKPjB AB. GHANI BIN DAUD atas semua pemberian yang tuan telah berikan dan juga sumbangan duit raya yang tak pernah miss tiap2 tahun buat aku dan anak2. Terima kasih banyak-banyak tuan, ( walaupun bos aku tak tau pasal blog aku ni )



suka nyer aku kat bakul ni. walau pun nampak simple tapi mmg shantik



Tuesday, September 7, 2010

YEH YEH NAK RAYA
Semalam sebenarnya ada majlis berbuka puasa kat balai bomba Johor Bahru, depan opis aku. Aku bawak sekali alif ngan irfan pergi. Lepas berbuka tetiba jer teringin nak pasang pelita kat rumah. Aku pun terus lah pergi ke kedai RM 2 cari pelita. Aku suruh alif tanya dengan budak yg jaga kat kedai tu brapa harganya, dia kata RM 1.50 tapi aku dengar mcm RM 3.50 aku pun amik lah 4 batang jer memandangkan space tanah kat rumah aku takde lah besar mana. bila nak bayar dia ckp sebatang RM 1.50 jer.. laaaa murah jer aku ingatkan RM 3.50 sebatang, tambah lagi 3 batang yer dik.. lepas tu terus pergi kedai hardware cari minyak tanah.. beli 2 botol

sampai sampai jer terus husband aku pacak pelita kat tanah, masuk kan minyak tanah n then bakar... wah.... meriah...Ini lah hasilnya... tetiba teringat masa aku kecik2 dulu, bila dah masuk malam 7 lekor jer terang benderang kebun getah arwah atuk aku. sepanjang jalan nak masuk rumah tu semuanyer ada pelita. Rindu nyer suasana macam tu. Tapi itu semua tinggal kenangan jer selepas arwah atuk aku meninggal
2 beradik yang keseronokan sbb sambil2 tengok pelita dia org sempat bakar mercun naga. Tapi aku siap warning kalau dah bakar cepat2 baling dlm longkang. Pastikan tak baling atas lantai tu sbb nnt jadi hitam. Walaupun hujan gerimis, tetap tak mematah kan semangat 2 beradik ni main mercun. Woi mana pergi seluar korang ha.. tinggal boxer jer..Fesyen apa ni????
matilah pokok pandan aku kena fire ngan mercun

SELAMAT HARI RAYA



SUASANA KAT DALAM RUMAH


Setelah penat memikir mcm mana nak ubah/kemas rumah. Ini lah hasil nyer.


untuk mengelakkan ruang kat bawah semak aku awal2 mengarahkan husband aku angkat sofa L-Shape ni letak kat living area kat tingkat atas. Sebenarnya kat atas ni tempat husband aku main games jer.

Aku ubah sikit selalu nyer display cabinet aku letak bersama set jati tapi kali ni aku letak sebelah ngan rak kasut

tv mmg tetap letak kat sini sbb plug dengan wayar astro semua kat situ

Ruang makan masih sama cuma aku tukar chair pad dia ajer.. kali ni amik warna hijau, kalau amik purple jugak dah nampak sedondon plak. Buluh pulak aku gantikan ngan lampu spotlight.

Ini lah dia langsir aku tahun ni. Warna hitam tapi day curtain tu aku pakai yg lama cuma night curtain jer yg tukar


Ini lah ruang tamu aku. tak banyak berubah sama jer cuma bezanya nampak lagi lapang sbb satu set sofa dah dinaikkan ke tingkat atas, dan display cabinet dah diletak kan di tempat lain. Luas lah sikit nampak tak serabut. Kalau raya mmg aku suka melapangkan ruang tamu ni sbb senang tetamu nk berkumpul. kalau sekali dtg ramai maknanya semua kena bersila lah yer sbb tak cukup kerusi nak duduk. Sebenarnya aku masih kurang berpuas hati lagi dengan rumah aku ni. ada masa lagi 2 hari nak raya, sempat lagi kalau aku nak ubah di saat2 akhir.. tengok lah kalau rajin.


Thursday, September 2, 2010

MACAM MANA NAK UBAH NI??????

Raya tahun lepas + 2 tahun lepas nyer susun atur









Biasanyer time2 nak raya ni akulah yang paling sakan skali buat preparation. Tapi tahun ni rasa cam takde mood jer. Tak tau lah pergi mana mood raya aku tahun ni. Walaupun takde mood semua preparation utk aku dan anak2 dah siap. Tahun ni baju raya aliff ngan irfan 6 pasang sorang termasuk lah baju melayu. Aku tak banyak cuma 4 pasang jer ( itu pun baru jer siap semalam) ngan sepasang kasut( sumbangan ehsan dari adik aku). chewah detail lah pulak.. takper sambung lagi.. langsir sebelum puasa aku dah siapkan. Itu pun last2 minit sebelum lobo balik ke sabah dia sempat jahitkan langsir utk aku. kuih mcm biasa setiap tahun aku tempah ngan kak natrah. biasanya aku jual kat opis, tahun ni aku jual jugak tapi tak banyak. Yg banyak order cuma adik beradik aku jer. So tahun ni kalau pergi rumah aku ke, rumah mak aku ke, rumah adik aku ke, kuih kita org sama jer.Tahun ni kami tak cat rumah cuma cat pagar depan jer, itu pun sbb warna nyer dah luntur. Hujung minggu hari tu sempat lah aku balik kampung tolong potong rumput kat rumah nenek aku. Hujung minggu ni baru aku cadang nak kemas rumah ngan gantung langsir. Itu pun kalau mood rajin dtg. kalau tak mlm raya lah nampaknyer.. sekarang ni masalah besar yg aku tengah facing adalah masalah nak mengubah perabot2 yang ada kat dlm rumah tu. dah penat rasanya ubah2 sampai dah tak tau nak ubah mcm mana lagi. semua nyer tak menarik.. kot2 kalau ada sesiapa yg sudi dtg tolong susun atur kan rumah aku, mcm Eric Leong ker, kedatangan anda amat diharapkan ( ade ker). Gambar kat atas ni adalah antara contoh2 gambar rumah aku tapi mmg tak menarik sgt pun..korang ada idea tak nk ubah camner???