NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Thursday, January 27, 2011

HARI YG LENGANG
Hari ni kat opis lengang jer, ramai yang cuti. Bos pun takde, meeting kat Putrajaya, so hari ni takde lah appointment. Panggilan pun kurang, fail pun kurang, pendek kata tak banyak kerjalah. Bila dh x banyak kerja pun boring jugak tau. Nak buat apa pun tak tau. Kerja semua dh settle. Ada takde pergi lah kat tempat kengkawan berbual2 kosong.hehhehee...boleh gitu... BOLEH JE LAH NORIDAH....


Tolong jawabkan telefon


Dari pagi aku tunggu cuma fail ni jer yang naik untuk direkod. Jadilah kan dari takde terus..

Kak Piah n Fizi.. Dia org ni pun mcm tengah boring jugak

Wan dan Jue
ceria jer dh siap kerja ke?

Kak Yus sorang jer yg bz.. buat kerja ke FB kak???

Sekian jelah laporan saya untuk hari ini....








Wednesday, January 26, 2011

TAKZIAH & ALFATIHAH
HARIAN METRO RABU 26/01/2011




Sedih, syahdu, sangat menyayat hati. Itu lah yg dapat aku gambarkan semalam, sejurus van jenazah sampai di perkarangan Masjid Desa Paya Mengkuang Gelang Patah apabila 3 mayat iaitu si ayah, anak lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan baru berusia 2 bulan. Tragedi menyayat hati itu berlaku di Jalan Kuantan - Segamat berhampiran Felda Keratong, yang telah meragut nyawa 3 orang saudara aku. Sungguh tak sangka sbb sepupu aku ni baru jer buat majlis perkahwinan anaknya hari Ahad 23/1/11 di Gelang Patah . Walaupun kemalangan tu berlaku pada esoknya Isnin 24/1/2011, tp aku hanya dapat tau semalam 25/1/2011. Bila dapat call dari ayah, aku terus bergegas jumpa bos minta permission balik awal. Bila aku inform jer bos aku terus ckp "oooo..yg keluar kat berita hari ini tu?" Aku pun terus tersentak, rupa-rupanya aku dh baca tapi aku tak perasan pulak yg kemalangan tu sebenarnya sepupu aku sendiri. Walaupun kami tak rapat, tapi setiap kali ada kenduri kendara mesti dia org semua ada. Yang menjadikan aku sekeluarga menyesal dan terkilan sangat sbb kami semua boleh terlupa majlis perkahwinan tu, kalau tak sempat jugak aku berjumpa dengan arwah si ayah.. takper lah mungkin dah tertulis yg kami sekeluarga tak sempat berjumpa tapi aku masih bersyukur sbb sempat tengok jenazah ketiga-tiga beranak tu. Boleh dikatakan setiap org yg ada kat situ semuanya menitiskan air mata. Yang buat sebak tu apabila melihat jenazah 2 beradik baring bersebelahan dalam satu keranda. Sayu sungguh perasaan aku. Emak kepada 2 beradik ni masih lagi berada di ICU Hospital Muadzam dan dalam keadaan koma. Sepanjang umur aku tak pernah lagi melihat jenazah lebih dari satu orang disembahyang dan dikebumikan. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Pok Gelang Patah lebih kurang pukul 7mlm..Aku doakan semoga roh2 mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. AMIN. Buat keluarga sepupuku,takziah diucapkan dan banyakkan bersabar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jua kita dikembalikan. Al-Fatihah.

Friday, January 21, 2011

SALAM BERSUA KEMBALI


Lamanya tak up date blog aku ni. Biasalah bila mood malas dtg sampai berbulan-bulan blog aku ni terbengkalai..InsyaAllah lah lepas ni aku update lah blog ni.. buat Ropidah rajin-rajinlah buka blog sy lepas ni. Gambar kat atas ni sajer2 jer letak..org kata buat warming up jer dulu.