NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Wednesday, July 22, 2009

ALIFF TERTELAN DUIT SYILING

Minggu lepas hari rabu 15 Julai 2009 aku telah dikejutkan dengan satu panggilan dari emak aku sendiri. dia cakap anak aku Aliff tertelan duit syiling seposen. "Ya Allah si Aliff ni takde benda lain ke dia nak telan" itu lah ayat pertama yg keluar dari mulut aku". Aku pun terus tanya dengan kawan2 aku kat opis bahaya tak kalau budak tetelan duit. tapi kawan2 aku kata tak bahaya so aku pun suruh lah mak aku bawak anak aku ke hospital untuk di xray..... Tiba kat hospital aliff telah dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah. Emak aku sekali lagi col aku kat opis. Aku pun terus lah amik cuti half day hari tu... sampai je kat hospital aku tengok dia tengah main game kat atas katil. Langsung takde rupa orang sakit macam bebudak kat katil sebelah dia. dalam pukul 5.00 petang pakar kanak2 datang untuk check aliff. bila dia tengok xray tu dia suruh aliff discharge dulu sebab kalau nak tggu duit tu keluar confirm makan masa berhari-hari sebab duit tu belum masuk ke usus besar masih kat atas lagi. so aku pn setujulah. nasib baik kalu tak mesti aku boring kat spital tu. dah lah alif tak reti diam. yang aku hangin sangat masa doktor tu cakap boleh discharge, aliff dengan selamba cakap "DOKTOR NANTI BALIK SAYA NAK TELAN DUIT SYILING LAGI LAH" Hangin nyer aku ngan aliff. Masuk hari ni dah seminggu dia tetelan duit tu aku pun tak tau sama ada dah keluar ke belum sebab masa xray kedua hari Jumaat hari tu, duit tu dah masuk ke usus besar.. takpelah alif biar lah duit tu beranak dalam perut bak kata uncle fahmi masuk seposen kuar RM 100.00.

Inilah X Ray yang menunjukkan kedudukan duit syiling yang ditelan oleh Aliff.....


Inilah muka aliff masa aku baru tiba... happy giler dapat baring kat wad.... boleh main game lagi

Thursday, July 16, 2009

Trip ke Bandung dan Jakarta

Bulan Mei Cuti Sekolah hari tu aku ke Bandung dan Jakarta Indonesia. Ikut trip PERISMA (Persatuan Isteri-isteri Bomba). Sebenarnya persatuan ni bolehlah dikatakan aktif jugak. Last year kami gi sarawak, this year ke Indonesia and next year cadangnyer nak ke Adelaide Australia. Aku ni boleh dikatakan rajin lah jugak joint aktiviti makcik2 ni. Maklumlah dah jd isteri bomba kenalah join.Trip kami kesana selama 4 hari 3 malam. 2 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Kalau nak dibandingkan Bandung ngan Jakarta, aku lebih prefer Bandung sebab kat Bandung lagi sejuk. Jakarta sangat panas n tak berapa bersih.. shopping memang best giler.... murah beb...... bayangkan telekung yg harga RM 200 kat sini cuma dalam Rm 75 jer kat sana... sangat murah.... dan disebabkan itulah aku membeli sampai aku dikenakan tax masa aku sampai kat airport senai.. adeker pegawai tu kata aku nak menjual kat sini....... tak patut betul . aku dengan nada kesian pun cakaplah yg baju2 tu org kirim... maklumlah pertama kali travel ke sana.. ( dengan harapan dia kesian so takyah lah bayar tax) tp last2 kena gak RM 50.00. Nasib tak banyak...

ni gambar masa aku kat Gunung Tengkuban Perahu kat Bandung.. Best Sejuk ...

Ni gambar aku bersama dengan wife pengarah aku Pn Jalilah n anak-anak dia.....


Ini lah kedai tempat aku shopping telekung.. Pasar Baru kat Bandung yg murah giler....


Ini adalah sebahagian dari gambar pengemis di Bandar Jakarta .... kesian.... mcm2 cara nak hidup..


Monday, July 13, 2009

TAK TAU NAK WAT APER......

Hari ni bos aku gi Nusajaya bersama Menteri. So seharian lah takde kat opis, tu yang tak tau nak wat aper.... aku lak baru jer dapat surat yg mengatakan husband aku kena gi kursus selama 5 minggu start 19 Julai 2009 hingga 21 Ogos 2009... di TSTC Terengganu... lamanyer..... gonna miss u.... Nampaknyer aku kena lah sambut ramadhan tanpa sang suami.. tapi kalu dia dapt balik awal dapatlah aku sahur sesama 1st day ramadhan tu kan...... takpelah nak wat camner kan dah tugas....

Friday, July 10, 2009

aktiviti mengupload gambar............

hari ni aku tak bz sangat. so aku cuba lah utk mengupload kan gambar yang ada kat pc aku ni...

Ni lah dia 2 orang permata hati aku.aliff n irfan.....

FAMILYKU

GAMBOR RAYER TAHUN 2008.... SEMANGAT KEBOMBAAN.. . 1ST DAY RAYER KENA KEJE..



Thursday, July 9, 2009

Assalammualaikum....... firstly nak maklumkan ini adalah blog aku yang terkini. Buat permulaan ni takde ape2 lagi story. tapi akan ku update kan entry ni bila aku ada masa.