YEH YEH NAK RAYA
Semalam sebenarnya ada majlis berbuka puasa kat balai bomba Johor Bahru, depan opis aku. Aku bawak sekali alif ngan irfan pergi. Lepas berbuka tetiba jer teringin nak pasang pelita kat rumah. Aku pun terus lah pergi ke kedai RM 2 cari pelita. Aku suruh alif tanya dengan budak yg jaga kat kedai tu brapa harganya, dia kata RM 1.50 tapi aku dengar mcm RM 3.50 aku pun amik lah 4 batang jer memandangkan space tanah kat rumah aku takde lah besar mana. bila nak bayar dia ckp sebatang RM 1.50 jer.. laaaa murah jer aku ingatkan RM 3.50 sebatang, tambah lagi 3 batang yer dik.. lepas tu terus pergi kedai hardware cari minyak tanah.. beli 2 botol
sampai sampai jer terus husband aku pacak pelita kat tanah, masuk kan minyak tanah n then bakar... wah.... meriah...Ini lah hasilnya... tetiba teringat masa aku kecik2 dulu, bila dah masuk malam 7 lekor jer terang benderang kebun getah arwah atuk aku. sepanjang jalan nak masuk rumah tu semuanyer ada pelita. Rindu nyer suasana macam tu. Tapi itu semua tinggal kenangan jer selepas arwah atuk aku meninggal

2
beradik yang keseronokan sbb sambil2 tengok pelita dia org sempat bakar mercun naga. Tapi aku siap warning kalau dah bakar cepat2 baling dlm longkang. Pastikan tak baling atas lantai tu sbb nnt jadi hitam. Walaupun hujan gerimis, tetap tak mematah kan semangat 2 beradik ni main mercun. Woi mana pergi seluar korang ha.. tinggal boxer jer..Fesyen apa ni????
matilah pokok pandan aku kena fire ngan mercun

SELAMAT HARI RAYA

SUASANA KAT DALAM RUMAH
Setelah penat memikir mcm mana nak ubah/kemas rumah. Ini lah hasil nyer.