NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Wednesday, May 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY BOSS.......


Hari Isnin lepas birthday bos aku Tuan Ghani... so aku telah berpakat ngan bebudak opis untuk celebrate birthday dia. Kira macam surprise lah. Tapi bukan nyer sambut birthday yg gempak2 siap ada red carpet, jemput media, pakai meriah2 tu tp just potong cake yang aku suruh Faez beli kat Secret Recipe jer....


Pagi2 aku dh wish kat dia... sambil senyum dia cakap terima kasih.... Tepat jam 12 tengahari kami ramai2 prepare cake taruk kat bahagian perkhidmatan yg agak sempit tu.. cuma hari tu ramai gak yg takde kat opis. Makanan sampingan kita org martabak jer.. jadilah.. majlis ala kadar namanya. Yg penting kita ingat kat bos kita kan!


Bila dh siap jer aku terus panggil bos, dia keluar bilik sambil tersengih2. Ada kek ker? HEHEHHE....terima kasih lah. Lepas tu kita org ramai2 nyanyi lagu birthday n bagi kad yg telah ditandatangan oleh semua staff Pengurusan. Lupa pulak nak bagi tau yg ke berapa. Untuk pengetahuan korang bos aku ni lahir tahun 1957.. so kira lah sendiri!!! Lepas potong kek, dia potong sehiris n terus masuk bilik (maybe dia sebak + terharu kot..hhehehehehe) kebetulan pulak hari tu banyak sangat benda yang dia kena sign. Fail kat atas meja pun berlambak sampai dah nak tutup muka dia. so tak leh nak berlengah.


Apa2 pun aku nak wish kat bos "SELAMAT HARI LAHIR , SEMOGA TUAN DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN DAN YG PALING PENTING SILA TUAN JAGA MAKAN DAN REHAT TUAN YER, KURANGKAN AKTIVITI DILUAR..... " IKHLAS DARI PA TUAN.... NORYN


Kek birthday Tuan


Haruslah PA yang interprem dulu kan..!!!!
Inilah Bos aku... selalu aku citer jer tp tak pernah nak tunjuk muka dia.. so buat korang inilah bos aku, sungguh cool orgnya....



Di paksa oleh Faez untuk senyum....
Antara kengkawan yg bersama2 meraikan... tq korang !

Thursday, May 12, 2011

TRIP TO KELANTAN AND TERENGGANU


Citer ni sebenarnya dh lama. masa cuti sekolah hari tu tp aku baru je dpt aura nak mengupload gambar. aku satu family sebenarnya mmg dh lama plan nk gi holiday tp tak pernah nyer menjadi. Yang kami rancang sebenarnya nak ke Langkawi tp last minute tukar tmpat pulak ke Kelantan n Terengganu. Walaupun dh banyak kali pergi ke belah pantai timur ni tapi aku tak pernah jemu sbb kalau bab shoping kat sana mmg murah...


Dua minggu sebelum trip tu aku dh booked rumah transit kat Ibu Pejabat Bomba Kelantan yang kat jalan Long Yunus tu.. kat situ murah jer sbb satu malam baru RM 30. maklumlah kami ni ada 13 org. so aku amik 2 mlm baru RM60.00. Kira ok lah dalam rumah tu ada 3 bilik dan dapur kalau nak masak. Rumah ni pun kami guna setakat utk mandi ngan tidur jer. siang kami semua x duduk rumah sbb sibuk nak merayap@berjalan...


sepanjang tiga hari kat sana, sempat jugaklah kami pergi rumah Mak Busu Jah. Dia ni adik bongsu ayah aku. dah bertahun dia duduk sana tapi kami sekeluarga tak pernah sampai pun rumah dia. Aku ngan husband dh pernah sampai, tu pun sbb kami tumpang mandi masa ngantar pengantin belah husband aku.


Banyak jugak lah tempat yg kami pergi antaranya Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, pasar Siti Khadijah, tmpat-tmpat makan. tp yg paling best shoping kat rantau panjang... semua ckp kita takyah lah shoping banyak2 sbb tujuan kita bukan nak shoping just nak jln2 jer..tapi dalam pada nk jalan2 jer tup...tup penuh satu van... selagi ada ruang selagi tu sumbat barang2.. bayangkan comforter jer 8 biji kami beli.. dengan makanan, baju2, beg, kasut ntah apa2 lagi... ntah...last2 penuh van.... nasib baik tak beli periuk belanga, kalau tak confirm kena ikat kat atas van. (Gambar barang-barang shopping x sempat nak snap sbb sibuk sgt2 masa tu)


Lepas ke kelantan on the way balik tu kami singgah kat Pasar Payang Terengganu sbb mak piah nak mencari kain batik... bila sampai jer ...perghhhhh... punya lah padat org kat dlm tu sampai nak jalan pun x boleh... last2 jadi tension pulak.. kami jugak sempat melantak kopok lekor kat satu kedai ni. Kedai dia mmg famous kalau tak silap no dia 008.. sedap.... makan punya makan tak sedar rupanya kami dh amik RM 20 utk kopok lekor sahaja... mak aaaiiiii macam melantak nasik lah pulak.. tp swear mmmmg sedap kopok dia.... sampai JB jer kami terus menuju rumah mak aku dulu... punggah punya punggah.... dekat separuh rumah barang2 macam tak percaya jer... tapi trip ke kelantan ni mmg best. Nak2 segala perbelanjaan minyak dan makan ditanggung penuh oleh adik aku Shela, hehehhe. TQ Mak Tam..next time belanja lah lagi...


Aku tengah plan nak gi bercuti lagi tapi kali ni maybe nak ke Gambang Pahang pulak tp tak taulah bila boleh pergi... masalah nyer jadual kerja kami adik beradik mmg tak sama... seorang kerja pagi, seorang kerja petang. Tapi aku percaya mesti boleh arrange nnt... hopefully lah yer...



Gambar best2 takdak yg ada gambar2 kat bawah ni jer.. LAYANNSSSS.... JOLAH....
















Monday, May 9, 2011

SECRETARY'S WEEK


Selamat menyambut hari setiausaha kepada semua kengkawan aku yang bergelar Setiausaha@Secretary... emmm diam tak diam dh dekat 10 tahun aku bergelar PA ni. Rasa cam baru jer melapor diri beramai-ramai kat Putrajaya tu. Apa tak nyer sekali dapat panggil interview satu kelas terus.. yg tak apply pun dapat. Maklumlah masa tu PA mmg tengah sgt2 diperlukan.


Dan sebagai mengenang jasa PA ni bos aku pun pergi lah hantar aku untuk enjoy2 kan diri menyambut minggu setiausaha. Kali ni bos aku offer gi KL. Seminar Aspirasi Setiausaha. Lebih kurang 200 org jugaklah yang menyertainya. Ada gak member2 lama yg aku jumpa kat seminar tu. Seminar tu mmg best. yang buat kan best tu, penceramahnya. Antara the best pada hari tu adalah Tengku Naufal dan juga Kamarul Efendy, Penganalis jenayah.. dia ni mmg best giler n sporting giler.. siap landing atas meja sambil nyanyi.. bila tengok dalam tv (999) dengan real org nya mmg sgt berbeza. tak sangka aku dia tu mmg kelakar orgnya.. walaupun slot dia sebelah petang tapi mata ni x sempat nak ngantuk langsung.


Seminar ni sebenarnya telah berlangsung selama 3 hari 2 malam kat The Regency Hotel. Dekat jer dgn SOGO. Kebetulan pulak tengah SALE N DAPAT GAJI.. so sempat lah jugak grab beberapa barang bwk balik Johor.. alahai melalut bab shoping pulak sambung balik citer kat seminar tadi. Jadual mmg packed sgt2 sbb ada class n sebelah malam ada dinner pulak .. Artis kali ni Jamal Abdillah.. tp dia ni x berapa best sgt kurang komunikasi ngan PAs ni.. nyanyi2 lepas tu terus masuk lift balik.. semua org bengang jer ngan dia..... Next year harap2 artis lain pulak lah yer. Mlm tu jugak ada cabutan nombor bertuah. Hadiah mmg best2. TV LCD 32 Inci, DVD Player, Note book, Handbang, Perfume n macam2 lagilah.. tapi syg no aku tak naik langsung.. hampeh betul....



Selama 3 hari seminar ni aku rasa enjoy sgt walaupun hotel tu panas giler sbb ada masalah aircond.. tapi macam biasa aku ucapkan terima kasih dkt En. Robert sbb sanggup hantar and tunggu aku sepanjang seminar berlangsung dengan segala perbelanjaan ditanggung penuh oleh En Robert... TQ Cyang...


Untuk bos aku Tuan Ghani, hope tahun depan hantar sy lagi yer ( kalau boleh tmpt yg lagi best. demand lah pulak! dah lah pergi free hehehhe) .... nnt sy buatkan Claim tuan hehehhehehe.....












Jamal Abdillah


Kamarul Efendy




Aku ngan Sabrina PA Bomba Pahang