NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Monday, May 9, 2011

SECRETARY'S WEEK


Selamat menyambut hari setiausaha kepada semua kengkawan aku yang bergelar Setiausaha@Secretary... emmm diam tak diam dh dekat 10 tahun aku bergelar PA ni. Rasa cam baru jer melapor diri beramai-ramai kat Putrajaya tu. Apa tak nyer sekali dapat panggil interview satu kelas terus.. yg tak apply pun dapat. Maklumlah masa tu PA mmg tengah sgt2 diperlukan.


Dan sebagai mengenang jasa PA ni bos aku pun pergi lah hantar aku untuk enjoy2 kan diri menyambut minggu setiausaha. Kali ni bos aku offer gi KL. Seminar Aspirasi Setiausaha. Lebih kurang 200 org jugaklah yang menyertainya. Ada gak member2 lama yg aku jumpa kat seminar tu. Seminar tu mmg best. yang buat kan best tu, penceramahnya. Antara the best pada hari tu adalah Tengku Naufal dan juga Kamarul Efendy, Penganalis jenayah.. dia ni mmg best giler n sporting giler.. siap landing atas meja sambil nyanyi.. bila tengok dalam tv (999) dengan real org nya mmg sgt berbeza. tak sangka aku dia tu mmg kelakar orgnya.. walaupun slot dia sebelah petang tapi mata ni x sempat nak ngantuk langsung.


Seminar ni sebenarnya telah berlangsung selama 3 hari 2 malam kat The Regency Hotel. Dekat jer dgn SOGO. Kebetulan pulak tengah SALE N DAPAT GAJI.. so sempat lah jugak grab beberapa barang bwk balik Johor.. alahai melalut bab shoping pulak sambung balik citer kat seminar tadi. Jadual mmg packed sgt2 sbb ada class n sebelah malam ada dinner pulak .. Artis kali ni Jamal Abdillah.. tp dia ni x berapa best sgt kurang komunikasi ngan PAs ni.. nyanyi2 lepas tu terus masuk lift balik.. semua org bengang jer ngan dia..... Next year harap2 artis lain pulak lah yer. Mlm tu jugak ada cabutan nombor bertuah. Hadiah mmg best2. TV LCD 32 Inci, DVD Player, Note book, Handbang, Perfume n macam2 lagilah.. tapi syg no aku tak naik langsung.. hampeh betul....



Selama 3 hari seminar ni aku rasa enjoy sgt walaupun hotel tu panas giler sbb ada masalah aircond.. tapi macam biasa aku ucapkan terima kasih dkt En. Robert sbb sanggup hantar and tunggu aku sepanjang seminar berlangsung dengan segala perbelanjaan ditanggung penuh oleh En Robert... TQ Cyang...


Untuk bos aku Tuan Ghani, hope tahun depan hantar sy lagi yer ( kalau boleh tmpt yg lagi best. demand lah pulak! dah lah pergi free hehehhe) .... nnt sy buatkan Claim tuan hehehhehehe.....












Jamal Abdillah


Kamarul Efendy




Aku ngan Sabrina PA Bomba Pahang


No comments: