NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Wednesday, July 22, 2009

ALIFF TERTELAN DUIT SYILING

Minggu lepas hari rabu 15 Julai 2009 aku telah dikejutkan dengan satu panggilan dari emak aku sendiri. dia cakap anak aku Aliff tertelan duit syiling seposen. "Ya Allah si Aliff ni takde benda lain ke dia nak telan" itu lah ayat pertama yg keluar dari mulut aku". Aku pun terus tanya dengan kawan2 aku kat opis bahaya tak kalau budak tetelan duit. tapi kawan2 aku kata tak bahaya so aku pun suruh lah mak aku bawak anak aku ke hospital untuk di xray..... Tiba kat hospital aliff telah dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah. Emak aku sekali lagi col aku kat opis. Aku pun terus lah amik cuti half day hari tu... sampai je kat hospital aku tengok dia tengah main game kat atas katil. Langsung takde rupa orang sakit macam bebudak kat katil sebelah dia. dalam pukul 5.00 petang pakar kanak2 datang untuk check aliff. bila dia tengok xray tu dia suruh aliff discharge dulu sebab kalau nak tggu duit tu keluar confirm makan masa berhari-hari sebab duit tu belum masuk ke usus besar masih kat atas lagi. so aku pn setujulah. nasib baik kalu tak mesti aku boring kat spital tu. dah lah alif tak reti diam. yang aku hangin sangat masa doktor tu cakap boleh discharge, aliff dengan selamba cakap "DOKTOR NANTI BALIK SAYA NAK TELAN DUIT SYILING LAGI LAH" Hangin nyer aku ngan aliff. Masuk hari ni dah seminggu dia tetelan duit tu aku pun tak tau sama ada dah keluar ke belum sebab masa xray kedua hari Jumaat hari tu, duit tu dah masuk ke usus besar.. takpelah alif biar lah duit tu beranak dalam perut bak kata uncle fahmi masuk seposen kuar RM 100.00.

Inilah X Ray yang menunjukkan kedudukan duit syiling yang ditelan oleh Aliff.....


Inilah muka aliff masa aku baru tiba... happy giler dapat baring kat wad.... boleh main game lagi