NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Monday, June 14, 2010

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN EJU & AJIP
Masih lagi cerita pasal orang kawin. Kali ni yang kawin sepupu aku eju tapi aku lebih suka panggil dia chokia. panggilan masa dia bebudak lagi sebab muka dia ada iras cina chokia kat belakang rumah kita org dulu. majlis kawin ni di adakan kat Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah. Chokia sebenarnya dah nikah sebulan yang lepas, cuma majlis nyer jer baru nak buat bulan ni. Tiga hari sebelum majlis berlangsung, aku satu family dah sibuk berulang alik untuk buat persiapan. maklumlah chokia ni sorang jer anak perempuan dlm family dia yg lain semua lelaki. Hari sabtu sehari suntuk aku kat rumah dia, tolong apa yang patut. Bila lagi kan nak tolong lagipun mak chokia (bukan chokia yer) ni kalau kami buat kenduri kendara tak pernah nyer tak datang. sibuk pulak tu tolong kita org so inilah masanya kami nak balas pulak betul tak? majlis berjalan lancar. ramai jugak lah sedara mara yang jauh dtg termasuk lah sepupu aku Datin Ilyka ngan husband dia. Walaupun ramai, aku tetap terasa sunyi sbb husband aku takder, dia terlibat ngan Sukan Bomba kat KL. Moksu aku yg kat kelantan nak balik tp dsbbkan takde tiket so tak muncul. macam biasa karaoke selama 24 jam start malam sabtu dan berakhir malam ahad. Malam ada joget lambak tapi aku tak join pun, dah tak larat rasanya. sebab kain baju aku kat rumah tak basuh dan lipat lagi. apa tak nyer BZ memanjang, baju balik dari kampung hari tu pun tak siap kemas lagi. belum masuk dalam almari. Minggu depan aku dah nak ke Terengganu pulak seminggu. Kalau aku tak settle kan tak tau bila lagi sbb aku ni jarang balik rumah bila husband aku takde. dari aku joget baik lah aku uruskan baju aku kat rumah..betul tak? at least husband aku balik semua dah settle.

SELAMAT PENGANTIN BARU EJU DAN AJIB

Yana, Eju & Puteri



suap2 kek

suap2 nasi

Hari Jumaat malam - pengantin tengah touch up inai yang dilukis
HARI SABTU (REWANG)

jiran-jiran yang datang rewang

pakcik2 ni bukan tengah lepak tau tp tengah tunggu ayam yg digoreng masak

cuba teka apa kat dalam periuk tu? sebenarnya itulah keledek yang telah diblender utk dibuat kuah mee rebus.

setelah penat mengacau kuah mee rebus rehat

Yana tugas dia mmg basuh pinggan

timun yang telah siap dipotong utk dibuat acar

macam biasa balance kaki2 ayam+leher+ tulang2 akan dibersihkan utk dibuat sup
HARI MINGGU (LANGSUNG)
kerja aku simple jer tolong cedok nasi utk tetamu. secara tak langsung boleh steam muka pakai wap nasi minyak tu.
sempat lagi posing kan. semua org tengok jer kami masa ni especially yg kat sebelah aku tu hehehe..

Makan tetap tak lupa yer. Ini kira dah second round sbb dah petang org dah tak ramai.

Jemput makan
Irfan yang tersalah group. dia termasuk dalam group rombongan pengantin lelaki.yang aku tak tahan tu dia duduk kat table makan berdamai. siap dengan fork and spoon lagi. alif panggil pun dia dah tak peduli, apa taknyer dapat makan udang ngan ikan berhias.

mak piah ke anak mak piah ni? cam sama jer badan


yang baju biru tu adik pengantin yang bongsu chedi.. basuh pinggan yer bang!!!!

supupu aku collin bersama ngan baby dia Fakrin yg dtg dari Kuala Selangor

Wednesday, June 2, 2010

MAJLIS KAWIN PAK AHAR
Kalau semalam aku citer pasal kenduri kawin kat Perak. Hari ni aku nak citer pulak pasal kenduri kawin kat JB. Kat JB cam biasa jer sbb aku dah selalu pergi. takde lah apa2 yg menarik nyer, sama jer. cuma yang kawin kali ni pakcik aku sendiri. Family aku ngan pakcik aku ni tak rapat sbb pakcik aku dijaga oleh keluarga angkat. Kami dapat tau dia nak kawin pun seminggu sebelum majlis. Nasib baik aku sempat balik dari perak kalau tak mesti aku miss majlis ni. Pakcik aku ni sebenarnya dah berumur jugak lah. Dah masuk 40 thn. maybe jodoh sampai lewat kot.. tapi takpe lewat2 pun dapat isteri cantik.. kecik jer..comel walaupun dah umur 32 thn.. aku yang umur 30 thn ni pun nampak macam kakak dari dia. Isteri pakcik aku ni org Felda Lingiu. dalam pukul 1 tghari rombongan cik piah dari jb turun 3 buah kereta utk mengiring pengantin.. apa2 pun aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PAK AHAR DAN ISTERI.. (KAWIN JUGAK AKHIRNYA PAKCIK AKU NI)


Mak piah yang ala-ala pengapit








me & my mom

tengah tunggu budak kompang tak datang2

mak piah & pak wahid

nenek aku (mak siti) dengan Pak Ahar
cuba nengok muka kami..lebih kurang jer kan

sheila n mak piah ( mana lagi gemuk) mcm baju aku jer tu hehehe!

family mak usu aku dari subang

yana ngan mak piah

rambut aku spoil betul masa ni



Tuesday, June 1, 2010

THIS IS MY FIRST TIME......
Cuti wesak 3 hari minggu lepas aku ke Perak sbb biras aku nyer adik kawin. Kalau tak silap aku, kenduri kawin tu kat kampung NGOR, kat daerah Kuala Kangsar. Inilah pertama kali aku pergi jemputan kawin yang ala-ala picnic gitu.. apa taknyer sesetengah tetamu bukan duduk di khemah yer tetapi duduk atas tikar yang dibentang di satu kawasan lapang. tetamu boleh pilih sama ada nak duduk kat khemah atau duduk style picnic. disebabkan rombongan cik kiah dari kulim agak ramai so kami prefer duduk style picnic sbb kalau nak duduk bawah khemah tak dapat duduk selonggok terpaksa berpecah. bila pilih cara picnic macam ni kitaorg boleh lah duduk sekali. cuaca redup2 panas.. ok lah.. mula2 aku pelik gak tapi bila dah duduk lama sikit rasa cam seronok pulak maklumlah kat jb mana ada majlis mcm ni. semua nyer dlm khemah atau dalam dewan yang agak sesak. kebetulan kami dapat parking betul2 bawah pokok durian. lama lah jugak kami menyembang kat situ. dalam pukul 4 ptg aku start gerak utk balik jb semula..tapi aku sempat singgah makan mee udang kat taiping dulu. yg tu nnt aku buat n3 lain yer... ni citer pasal kenduri kawin dulu...

cuba tengok mcm gi picnic kan...

tengah tunggu husband aku amik makanan..

antara rombongan cik kiah yang hadir






Inilah salah satu makanan pelik yang aku jumpa kat majlis kawin tu.. korang tau tak apa ni? dia org panggil kulat tapi aku panggil cendawan. masa aku kecik2 dulu aku pernah jumpa cendawan ni kat pokok getah depan rumah atok aku. rupanya cendawan ni boleh dimakan. dia org masak rendang lagi..sedap jugak rasa nyer..

Alang tak payah toleh kiri kanan, makan jer terus