NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Thursday, February 17, 2011

JOGGING N FAST WALK @ KEBUN BUNGA ISTANA

eemmmmm..bosan nya bila berat badan dah naik ni. pakai baju semuanya dah nampak tak kena. Seluar pulak semua dh ketat, nak kena tambah saiz. kan best kalau badan ni macam anak dara jer tak berubah.. tapi nak buat camner kan, dah lumrah alam bila umur naik, dah overhaul(beranak) alignment semua mesti lari. spare tyre semua keluar, kulit pun dh mula nampak kusam. Bila perubahan tu semua dh ketara confirm kena tegur punya. Aku pulak jenis kalau kena tegur jer terus bersemangat nak kuruskan badan. tapi sekejap jer. bila agak2 dh lupa start lah malas balik. angan2 taik ayam jer. kalau beli produk utk kurus pun tak sampai habis satu kotak dh stop makan. mcm mana lah nak kurus. tu yg aku selalu kena marah ngan hb aku. membazirkan duit jer dia kata.
Lepas balik opis hari tu aku terus gerak gi taman bunga, bukannya nak jogging pun sajer je nak fast walk ngan adik2 aku. kalau terus jogging takut terkejut lak kaki ni ha. tapi belum sempat masuk episod jogging angin malas pun sampai. Esoknya terus stop lagipun cuaca skrg amatlah panas nya.



disebabkan just nak fast walk pakai kasut croc je lah





Wednesday, February 16, 2011

SEMPENA CUTI MAULIDURASUL

Ini citer sempena cuti maulidurasul semalam. Disebabkan semua cuti kami beramai-ramai pakat gi mandi kat waterfall Kota Tinggi selepas balik dari Masjid Abu Bakar. (kecuali Encik Jasni, dia kerja, x cuti, so x dapat join) Tapi sampai2 jer hujan turun dengan begitu lah lebatnya. Nak mandi kat waterfall tu pun air nya kurang menyelerakan. banyak daun-daun dan agak kotor so last2 semuanya naik ke atas bukit mandi kat swimming pool ni jer.. jadilah. Malas nak citer banyak. Layan jer lah gambar2 kat bawah ni.. ADIOS!!!
















Monday, February 14, 2011

KONSERT + GARDENING..

Hemmm..hujung minggu..nak buat apa yer? lepas makan baring, lepas tu tidor, tengok tv, lepas tu ntah nak buat apa pun tak tau.. rumah dah siap kemas, baju dah siap basuh n lipat. Nak jalan2 cuaca amatlah terik panas nya. Tapi sebenarnya lepak-lepak kat rumah waktu hujung2 minggu ni mmg best. Panjang jer rasa rusuk ni. kalau kat opis asyik duduk jer, kat rumah pulak asyik baring jer..wow mmg nikmat..
Hari sabtu hari tu aku dipaksa oleh Mak Piah pergi tengok konsert kat Giant Nusa Bestari. Konsert tu kalau tak silap namanya Muzik 10 anjuran RTM tapi kat ASTRO ada gak kat channel 180 kalau tak silap. Mula2 Mak Piah dah pergi tp mmg xde org langsung, smpai dj2 ngan artis yg ada kat situ suruh dtg bawak kengkawan buat meramai kan lagi. Tu yg mak piah dtg rumah paksa aku pergi.Giant tu pulak dekat jer ngan rumah aku. Sebenarnya dia org dh war2kan kat radio tp disebabkan radio tu maybe org johor jarang dengar tu yg sambutannya kurang menggalakkan. lepas makan kami pun gerak lah ke giant.. ada lah sikit penonton masa tu. kesian gak tengok bila artis dtg tp xde org tengok. Antara artis nya ialah Suhaimi Meor Hassan, Ultimate, Kumpulan Sejati dan beberapa artis baru yg x berapa nak kenal Rini, Zura n lagi sorang lupa pulak nama dia.
Hari minggu pulak hari berkebun.( sebenarnya Encik suami tension sbb ikan yang dibela selama 3 tahun mati, 2 ekor pulak tu sekali. Dari saiznya sebesar ibu jari dah sampai sebesar telapak tangan. Punya lah Frust!!!!) Aku cuma jadi mandor jer. kerja2 pembersihan dilakukan oleh encik suami. Petang minggu tu sempat jugak lah Encik suami menaman sebatang pokok rambutan di atas tanah yang sekangkang kera kat depan rumah tu. Harap2 hidup lah semua tanamannya itew. Kalau berbuah nnt boleh lah sedekah kat jiran2 n member kat opis. Ntah lah tahun bila agaknya pokok tu bleh start berbuah.

Encik suami yg gigih membersihkan kawasan

pokok pisang yang dh start membesar...suka..

acara selingan

mcm bangla mari!!! hehhehe jgn marah.. Encik suami mmg jarang berbaju kalau berada dirumah.. panas katanya..nak2 time macam ni lagi lah...

Kuda hitam untuk dilelong.. siapa yg berminat boleh ym sy..harga boleh runding






H.A.R.I. S.A.B.T.U.

Fehreez pun join skali tgk konsert

antara games yg dia org buat, lumba minum dlm botol susu
Yazid dari kumpulan Sejati yg popular dengan lagu "Bila Bunga di Petik Org"

Zura penyanyi baru.. aku pun baru first time kenal ngan dia.. tapi ok lah sweet jer orgnya

Rini kembar Rina AF ??? tak ingat

dengan DJ Muaz.. Ok lah handsome gak orgnya.

Wednesday, February 9, 2011

BALIK KAMPONG..HOHOHOHO..BALIK KAMPONG
Lama rasanya tak balik kampung. Last balik hari tu pun masa Pak Su nak pergi Mekah. Kalau tak silap bulan Oktober tahun lepas kot. Raya haji pun tak balik. So aku dh plan dgn husband nak balik Cuti Raya Cina. 3 hari sebelum bertolak aku dah sibuk buat persiapan, bukan lah persiapan apa pun, cuma beli kerepek2 kat Ayer Hitam. Itu pun sbb ada org kirim. Lagi pun kat kampung tengah musim org kahwin, nnt boleh lah sedekah sikit. Bapa mertua aku pulak kirim nenas.
Macam biasa seminggu sebelum cuti, kami dh isi borang. Cuti pun dh diluluskan. Tup.. tup tepat pada tarikh kami nak balik ke kampung, cuti dibekukan. Yang buat surat cuti beku tu aku sendiri.. Mak aiii!! serba salah jadinya. Maklumlah Johor masa tu tengah banjir. seperti biasalah kalau dh banjir org bomba mmg tak boleh cuti apatah lagi hb aku budak scuba. Mmg sgt2 diperlukan lah bantuan nyer. tapi lepas bincang dengan pengarah, dia pun bagi pelepasan kat hb aku.. Alhamdullillah.Terima Kasih Tuan.
Perjalanan balik kampung kali ni betul2 banyak halangan. Mula cuti beku, lepas tu kereta yg dah hantar kat bengkel 2 minggu untuk dibaiki tak siap2. Malam tu aku ngan anak2 dh siap tukar baju kononnya nak gerak, last2 hb aku balik pukul 12mlm. budak2 pun dh tidur, semuanya gara2 kereta hb aku tak siap. Akhirnya keesokan paginya baru kami berangkat pulang ke kampung. Masa dalam perjalanan dh sampai ke Perak sekali lagi halangan. Kali ni ada benda kat kereta pulak bocor. Ntah apa namanya aku pun tak tau. Tapi kereta jadi bising sgt. Terpaksa masuk ke Kuala Kangsar utk cari bengkel. Nasib baik belum cuti kalau tak confirm susah nak cari bengkel. Kena RM 230 baru kereta tu senyap balik.. hampeh betui..
Sepanjang seminggu kat kampung jadual aku terisi dengan majlis kenduri kahwin jer. seronok jugak, sampai tak larat. Apa2 pun makanan dia org mmg sedap. Lain dari yg ada kat Johor ni. Sempat jugaklah kami singgah kat Alor Setar, rumah pakcik hb aku. Best rumah dia betul2 kat tengah bendang. cuma masa aku pergi padi belum cukup kuning. seronok punya pasal sampai irfan termasuk dalam bendang. Apa2 pun balik kali ni mmg best. happy sangat2. Lepas ni tak tau lagi bila aku boleh balik kampung.

masa nak gerak ke Ayer Hitam cari kerepek ngan Nenas ayah



antara barangan yg dijual











kompang utk 2 beradik Alif n Irfan. lepas ni dh boleh praktis utk gi kenduri kawin


mcm org vietnam jer

Nenas utk ayah


kat bengkel Kuala kangsar
benda yg kat bawah tulah yg rosak.


nak dekat sejam jugak tunggu kat bengkel, sambil2 tu amik gambar dulu



kat Alor Setar rumah Pak Cik Din
(masa ni baru balik dari kenduri tu yg pakai baju kurung jer)

mesin padi