NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Wednesday, March 24, 2010

FAMILY MERTUA KU DARI KEDAH MAI JB


Hujung bulan lepas family husband aku dari kedah datang. Ada lah dalam 15 orang gitu. Dia org datang sebenarnya sbb ada kenduri kawin anak menakan bapa mertua aku kat skudai. Semenjak aku kawin ngan husband aku, ni lah first time family mertua aku stay lama sikit kat rumah kami. biasa nya dia org datang subuh n esok nyer terus balik. Rasa macam tak hilang penat lagi dah nak tempuh perjalanan yang panjang balik. tak sempat nak bawak ke mana2 tapi kali ni dia org stay 2 hari... Jadi sempat lah aku bawak dia org jalan2 ke danga bay, bazar jb ngan makan ice kacang special + kacang pool kat gerai dekat office aku. Macam biasa gambar aku letak mesti tak ikut urutan... layan jer lah...
posing kat luar dewan. ingat nak tunggu pengantin berarak tapi disebabkan cuaca panas dan bebudak tu semua dah rimas menunggu, kami amik keputusan balik rumah jer terus.


Makan kacang Pool ngan ABC Special

Anak-anak pak su ( sorry sampai dia org balik aku tetap tak leh nak ingat nama dia org), tengah tu ary anak Mak Andak dan yang duduk cangkung kat depan tu Pak Anjang...


Jom makan nasi minyak. sedap...


Masa baru sampai.

Tuesday, March 23, 2010

SAYONARA WAWA KIMORA @ TOT
N3 Kali ni khas aku tujukan buat wawa.. pada sesiapa yg tak tau, wawa ni best friend aku masa kat kampus dulu.. dia ni memang gegila budak nyer.. walaupun aku ngan wawa tak pernah sebilik masa kat kampus dulu tapi kami memang rapat. Dari zaman kat kampus sampailah aku dah kerja ni.... kalau aku ada apa2 urusan kat kl tu sure rumah dia lah aku jadi kan tempat lojing . Memandangkan dia ni belum "kahwin" so dia jer lah yang senang aku nak ajak ke mana2 pun. (Kalau dulu bila aku kena gi Putrajaya jer confirm rumah mc da jadi tempat lojing aku tapi di sbbkan mc da pun dah berhijrah ke dublin, Ireland takde lah tempat aku nak stay @ santai2.) satu lagi kalau bab barang2 ni mmg rajin bebenor aku pinjam dari dia.. dia plak jenis tak lokek.. kalau datang umah dia semua benda nak suruh aku angkut bawak balik jb.. sampai periuk belanga pun nak offer kat aku.. dan seperti biasa kalau aku pergi rumah dia berlenggang balik mesti berbundil2 jadinya. Mcm kawan2 lain, dengan wawa ni pun, banyak sangat kenangan nyer.. yang manis, pahit, tawar hebeh.. dan mcm2 lagilah... Last year aku pergi interview untuk gi oversea pun sama2 ngan dia.. dapat bilik interview pun sama.. lepas dia kuar turn aku plak masuk. tapi rezeki menyebelahi dia bila dia ditempatkat ke Jepun.. dah hampir 3 minggu wawa kat sana. so far takde le lagi kabar berita dari dia... masa hari dia nak berangkat hari tu, ada aku call dia beberapa kali tapi tak dapat... sebenarnya seminggu sebelum dapat tahu dia di tempatkan ke Jepun aku ada lepak rumah dia kat KL. masa tu aku kena sign option kat KPKT . bila dapat tau dia kena pergi minggu depan nya aku terus jadi sebak + sedih + gembira... bertambahlah lagi sorang kawan aku yang akan ke oversea selepas mc da, yusman, shakira, banun, intan, dan yg lain2 tu. Apa2 pun good luck aku ucapkan untuk wawa. semoga dia dapat sesuaikan diri di tempat org.... dan balik sebagai orang kaya.. elaun besar tu.... kan cik wa???



reunion mc da balik cuti dari Ireland

Ini lah dia Norazuar Anuar @ Wawa Kimora. Cantik tak?

Masa kami kat kampus dulu.. zaman anak dara you...



Pre graduation kat kuantan


Lepas sign option. Sempat jalan2 kat Ikea..

I .. Like...

Makan meat ball kat Ikea

Jelingan manja geisha dari KL.... Meletup




Monday, March 1, 2010

KURSUS INDUKSI
Amboi lamanyer rasa aku tak update kan blog aku ni.. bukan apa. bz sesangat, pergi kursus lah, cuti lah, sign option lah, pc rosak lah dan macam2 lagilah benda2 yang buat kan aku tak dpt nak update blog aku ni.. takpelah kita proceed jer lah citer sepanjang bulan lepas yer.. Seperti mana yang tertera kat gambar bawah ni korang mesti dah tau nyer kan.. aku kena gi kursus induksi. sebenarnya kursusni khas untuk kakitangan gunasama yang kerja kat bomba. Bila dah pergi kursus ni barulah kita org tau betapa lah susahnya jadi anggota bomba ni. bukan fizikal jer nak kena kuat mental sekali... kursus ni dijalankan selama 3 hari 2 malam. kami bertolak ke pusat latihan bandar penawar lepas solat jumaat. sampai2 jer terus check in n then g register n minum petang. aktiviti kami bermula pada sebelah malam.... memang penat tapi sangat best.. mcm nak pergi lagi jer... kalau aku nak cerita satu persatu aktiviti confirm korang tak larat nak baca so aku ringkas kan jelah cerita nyer mengikut gambar yang ada ni yer.. kalau citer detail pun korang mesti tak paham sangat kan. maklumlah kerja2 bomba.. sebenarnya kami pun tak tahu. tapi bila dah didedahkan masa kursus ni baru kami paham lah sikit2 bidang2 kebombaan. seperti biasa gambar kat bawah ni tak tersusun aku main letak jer.. tapi semua nyer tetap berkisar tentang kursus tu.


Masa ni kami di minta untuk action betul2 macam anggota bomba. Urusetia buat kebakaran di beberapa tempat dan suruh kami ni padam kan. adalah dalam 5 kebakaran serentak so group2 ni dibahagikan ke tempat2 yg terbakar tu. Mula2 dia org main2 buat terbakar tetapi last2 kabin yang warna hitam tu betul2 terbakar. Masa tu pulak angin kencang. Panic sekejap

Masa ni aktiviti membentang hose.. berat satu hose tu lebih kurang 15 kg...

Jasni saidin masa ni jadi pembantu untuk xcersice tu. dia jadi mangsa yg patah kaki dalam kebakaran. Haru sungguh lah aku nengok laki aku masa ni.

Ini pulak aktiviti waktu malam. kami diminta untuk bersiap sedia untuk terima call bermula 9.00 mlm hingga 4.00 pg. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan so bila ada call jer terus kami lari lintang pukang ke jentera utk ke tempat kejadian. so malam tu group aku dapat 2 call. call yang pertama adalah panggilan palsu, dan call yang ke dua pulak kebakaran masjid. Ceritanya ada sorang mamat ni, dia mat pet alah mat gian.. yang hisap dadah.. dia curi barang masjid lepas tu dia bakar nyer masjid tu. tapi org kampung berjaya tangkap mat pet ni. apa lagi teruk lah dikerjakan org kampung. Bila kami sampai kat tempat tu jer aku tengok laki aku dah terbaring kat atas jalan raya.

Rupa-rupanya laki yang yang berlakon jadi mat gian tu.. so aku apa lagi terkejut lah nengok laki aku dah terbaring... yang pakai topi kuning tu aku yang terkial2 nak angkat dia letak kat dalam stretcher.



Ni suasana dalam kelas

Masa ni kami diminta untuk berjalan dalam gelap dan diajar cara2 macam mana nak berjalan dalam gelap jika berlaku kebakaran.

Group aku yang tengah mencari check point kita org.

Aku yang dipilih untuk menjadi pencatit situasi.. tapi memandangkan maklumat tak sampai kat aku so aku posing jer lah kat situ.. dah lah panas giler.. terbakar habis muka aku ni ha...

Masa majlis penutupan sempat pulak ada majlis khas untuk peserta yang sambut birthday bulan Januari n Februari.. so tu yang ada kek. aku macam biasa interprem jer lah.. sbb birthday aku bulan Mac ni yer...


Pada pandangan aku kursus induksi ni berjaya 100% sebab walaupun kami letih dengan aktiviti yang dijalankan tapi kami sangat gembira dan puas hati.. hope next time dapat pergi lagi kursus2 anjuran bomba...