NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Monday, June 14, 2010

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN EJU & AJIP
Masih lagi cerita pasal orang kawin. Kali ni yang kawin sepupu aku eju tapi aku lebih suka panggil dia chokia. panggilan masa dia bebudak lagi sebab muka dia ada iras cina chokia kat belakang rumah kita org dulu. majlis kawin ni di adakan kat Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah. Chokia sebenarnya dah nikah sebulan yang lepas, cuma majlis nyer jer baru nak buat bulan ni. Tiga hari sebelum majlis berlangsung, aku satu family dah sibuk berulang alik untuk buat persiapan. maklumlah chokia ni sorang jer anak perempuan dlm family dia yg lain semua lelaki. Hari sabtu sehari suntuk aku kat rumah dia, tolong apa yang patut. Bila lagi kan nak tolong lagipun mak chokia (bukan chokia yer) ni kalau kami buat kenduri kendara tak pernah nyer tak datang. sibuk pulak tu tolong kita org so inilah masanya kami nak balas pulak betul tak? majlis berjalan lancar. ramai jugak lah sedara mara yang jauh dtg termasuk lah sepupu aku Datin Ilyka ngan husband dia. Walaupun ramai, aku tetap terasa sunyi sbb husband aku takder, dia terlibat ngan Sukan Bomba kat KL. Moksu aku yg kat kelantan nak balik tp dsbbkan takde tiket so tak muncul. macam biasa karaoke selama 24 jam start malam sabtu dan berakhir malam ahad. Malam ada joget lambak tapi aku tak join pun, dah tak larat rasanya. sebab kain baju aku kat rumah tak basuh dan lipat lagi. apa tak nyer BZ memanjang, baju balik dari kampung hari tu pun tak siap kemas lagi. belum masuk dalam almari. Minggu depan aku dah nak ke Terengganu pulak seminggu. Kalau aku tak settle kan tak tau bila lagi sbb aku ni jarang balik rumah bila husband aku takde. dari aku joget baik lah aku uruskan baju aku kat rumah..betul tak? at least husband aku balik semua dah settle.

SELAMAT PENGANTIN BARU EJU DAN AJIB

Yana, Eju & Puteri



suap2 kek

suap2 nasi

Hari Jumaat malam - pengantin tengah touch up inai yang dilukis
HARI SABTU (REWANG)

jiran-jiran yang datang rewang

pakcik2 ni bukan tengah lepak tau tp tengah tunggu ayam yg digoreng masak

cuba teka apa kat dalam periuk tu? sebenarnya itulah keledek yang telah diblender utk dibuat kuah mee rebus.

setelah penat mengacau kuah mee rebus rehat

Yana tugas dia mmg basuh pinggan

timun yang telah siap dipotong utk dibuat acar

macam biasa balance kaki2 ayam+leher+ tulang2 akan dibersihkan utk dibuat sup
HARI MINGGU (LANGSUNG)
kerja aku simple jer tolong cedok nasi utk tetamu. secara tak langsung boleh steam muka pakai wap nasi minyak tu.
sempat lagi posing kan. semua org tengok jer kami masa ni especially yg kat sebelah aku tu hehehe..

Makan tetap tak lupa yer. Ini kira dah second round sbb dah petang org dah tak ramai.

Jemput makan
Irfan yang tersalah group. dia termasuk dalam group rombongan pengantin lelaki.yang aku tak tahan tu dia duduk kat table makan berdamai. siap dengan fork and spoon lagi. alif panggil pun dia dah tak peduli, apa taknyer dapat makan udang ngan ikan berhias.

mak piah ke anak mak piah ni? cam sama jer badan


yang baju biru tu adik pengantin yang bongsu chedi.. basuh pinggan yer bang!!!!

supupu aku collin bersama ngan baby dia Fakrin yg dtg dari Kuala Selangor

1 comment:

Y@ZeD@ said...

mak piah mcm Datin Piah u.. mana dato wahid? ko x amek gambar ke???