NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Wednesday, May 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY BOSS.......


Hari Isnin lepas birthday bos aku Tuan Ghani... so aku telah berpakat ngan bebudak opis untuk celebrate birthday dia. Kira macam surprise lah. Tapi bukan nyer sambut birthday yg gempak2 siap ada red carpet, jemput media, pakai meriah2 tu tp just potong cake yang aku suruh Faez beli kat Secret Recipe jer....


Pagi2 aku dh wish kat dia... sambil senyum dia cakap terima kasih.... Tepat jam 12 tengahari kami ramai2 prepare cake taruk kat bahagian perkhidmatan yg agak sempit tu.. cuma hari tu ramai gak yg takde kat opis. Makanan sampingan kita org martabak jer.. jadilah.. majlis ala kadar namanya. Yg penting kita ingat kat bos kita kan!


Bila dh siap jer aku terus panggil bos, dia keluar bilik sambil tersengih2. Ada kek ker? HEHEHHE....terima kasih lah. Lepas tu kita org ramai2 nyanyi lagu birthday n bagi kad yg telah ditandatangan oleh semua staff Pengurusan. Lupa pulak nak bagi tau yg ke berapa. Untuk pengetahuan korang bos aku ni lahir tahun 1957.. so kira lah sendiri!!! Lepas potong kek, dia potong sehiris n terus masuk bilik (maybe dia sebak + terharu kot..hhehehehehe) kebetulan pulak hari tu banyak sangat benda yang dia kena sign. Fail kat atas meja pun berlambak sampai dah nak tutup muka dia. so tak leh nak berlengah.


Apa2 pun aku nak wish kat bos "SELAMAT HARI LAHIR , SEMOGA TUAN DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN DAN YG PALING PENTING SILA TUAN JAGA MAKAN DAN REHAT TUAN YER, KURANGKAN AKTIVITI DILUAR..... " IKHLAS DARI PA TUAN.... NORYN


Kek birthday Tuan


Haruslah PA yang interprem dulu kan..!!!!
Inilah Bos aku... selalu aku citer jer tp tak pernah nak tunjuk muka dia.. so buat korang inilah bos aku, sungguh cool orgnya....



Di paksa oleh Faez untuk senyum....
Antara kengkawan yg bersama2 meraikan... tq korang !

No comments: