NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Tuesday, September 7, 2010

YEH YEH NAK RAYA
Semalam sebenarnya ada majlis berbuka puasa kat balai bomba Johor Bahru, depan opis aku. Aku bawak sekali alif ngan irfan pergi. Lepas berbuka tetiba jer teringin nak pasang pelita kat rumah. Aku pun terus lah pergi ke kedai RM 2 cari pelita. Aku suruh alif tanya dengan budak yg jaga kat kedai tu brapa harganya, dia kata RM 1.50 tapi aku dengar mcm RM 3.50 aku pun amik lah 4 batang jer memandangkan space tanah kat rumah aku takde lah besar mana. bila nak bayar dia ckp sebatang RM 1.50 jer.. laaaa murah jer aku ingatkan RM 3.50 sebatang, tambah lagi 3 batang yer dik.. lepas tu terus pergi kedai hardware cari minyak tanah.. beli 2 botol

sampai sampai jer terus husband aku pacak pelita kat tanah, masuk kan minyak tanah n then bakar... wah.... meriah...Ini lah hasilnya... tetiba teringat masa aku kecik2 dulu, bila dah masuk malam 7 lekor jer terang benderang kebun getah arwah atuk aku. sepanjang jalan nak masuk rumah tu semuanyer ada pelita. Rindu nyer suasana macam tu. Tapi itu semua tinggal kenangan jer selepas arwah atuk aku meninggal
2 beradik yang keseronokan sbb sambil2 tengok pelita dia org sempat bakar mercun naga. Tapi aku siap warning kalau dah bakar cepat2 baling dlm longkang. Pastikan tak baling atas lantai tu sbb nnt jadi hitam. Walaupun hujan gerimis, tetap tak mematah kan semangat 2 beradik ni main mercun. Woi mana pergi seluar korang ha.. tinggal boxer jer..Fesyen apa ni????
matilah pokok pandan aku kena fire ngan mercun

SELAMAT HARI RAYA



SUASANA KAT DALAM RUMAH


Setelah penat memikir mcm mana nak ubah/kemas rumah. Ini lah hasil nyer.


untuk mengelakkan ruang kat bawah semak aku awal2 mengarahkan husband aku angkat sofa L-Shape ni letak kat living area kat tingkat atas. Sebenarnya kat atas ni tempat husband aku main games jer.

Aku ubah sikit selalu nyer display cabinet aku letak bersama set jati tapi kali ni aku letak sebelah ngan rak kasut

tv mmg tetap letak kat sini sbb plug dengan wayar astro semua kat situ

Ruang makan masih sama cuma aku tukar chair pad dia ajer.. kali ni amik warna hijau, kalau amik purple jugak dah nampak sedondon plak. Buluh pulak aku gantikan ngan lampu spotlight.

Ini lah dia langsir aku tahun ni. Warna hitam tapi day curtain tu aku pakai yg lama cuma night curtain jer yg tukar


Ini lah ruang tamu aku. tak banyak berubah sama jer cuma bezanya nampak lagi lapang sbb satu set sofa dah dinaikkan ke tingkat atas, dan display cabinet dah diletak kan di tempat lain. Luas lah sikit nampak tak serabut. Kalau raya mmg aku suka melapangkan ruang tamu ni sbb senang tetamu nk berkumpul. kalau sekali dtg ramai maknanya semua kena bersila lah yer sbb tak cukup kerusi nak duduk. Sebenarnya aku masih kurang berpuas hati lagi dengan rumah aku ni. ada masa lagi 2 hari nak raya, sempat lagi kalau aku nak ubah di saat2 akhir.. tengok lah kalau rajin.


No comments: