SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Pertamanya aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang sudi baca blog aku ni. walaupun blog aku ni takde lah best mana..blog untuk puaskan hati sendiri jer. Tahun ni aku beraya di rumah mak aku. Lepas siap masak sehari sebelum raya kat rumah mak, aku terus balik rumah aku. Pagi2 dalam pukul 7 lebih aku dah keluar rumah bersama suami tercinta untuk ke surau sembahyang sunat aidilfitri. Lepas tu sesi bermaaf-maafan sambil mengeluarkan air mata.. hehehhe.. syahdunyer time2 mintak ampun dan maaf ni. Biasa nyer aku lah yang akan lead sbb aku anak sulung..diikuti dgn suami ku.. dan adik beradik yg lain. kali ni semua ada kecuali adik aku yg ke dua. Dia beraya belah isteri dia dulu.. lepas bersalaman kami semua pulang ke kampung sebelah mak aku kt Gelang Patah. Lepas solat Jumaat baru kami gerak ke Kampung sebelah ayah pulak pun dekat Gelang Patah jugak..dalam pukul 6.30ptg aku balik rumah sbb malam tu suami aku kerja....