NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Wednesday, January 26, 2011

TAKZIAH & ALFATIHAH
HARIAN METRO RABU 26/01/2011




Sedih, syahdu, sangat menyayat hati. Itu lah yg dapat aku gambarkan semalam, sejurus van jenazah sampai di perkarangan Masjid Desa Paya Mengkuang Gelang Patah apabila 3 mayat iaitu si ayah, anak lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan baru berusia 2 bulan. Tragedi menyayat hati itu berlaku di Jalan Kuantan - Segamat berhampiran Felda Keratong, yang telah meragut nyawa 3 orang saudara aku. Sungguh tak sangka sbb sepupu aku ni baru jer buat majlis perkahwinan anaknya hari Ahad 23/1/11 di Gelang Patah . Walaupun kemalangan tu berlaku pada esoknya Isnin 24/1/2011, tp aku hanya dapat tau semalam 25/1/2011. Bila dapat call dari ayah, aku terus bergegas jumpa bos minta permission balik awal. Bila aku inform jer bos aku terus ckp "oooo..yg keluar kat berita hari ini tu?" Aku pun terus tersentak, rupa-rupanya aku dh baca tapi aku tak perasan pulak yg kemalangan tu sebenarnya sepupu aku sendiri. Walaupun kami tak rapat, tapi setiap kali ada kenduri kendara mesti dia org semua ada. Yang menjadikan aku sekeluarga menyesal dan terkilan sangat sbb kami semua boleh terlupa majlis perkahwinan tu, kalau tak sempat jugak aku berjumpa dengan arwah si ayah.. takper lah mungkin dah tertulis yg kami sekeluarga tak sempat berjumpa tapi aku masih bersyukur sbb sempat tengok jenazah ketiga-tiga beranak tu. Boleh dikatakan setiap org yg ada kat situ semuanya menitiskan air mata. Yang buat sebak tu apabila melihat jenazah 2 beradik baring bersebelahan dalam satu keranda. Sayu sungguh perasaan aku. Emak kepada 2 beradik ni masih lagi berada di ICU Hospital Muadzam dan dalam keadaan koma. Sepanjang umur aku tak pernah lagi melihat jenazah lebih dari satu orang disembahyang dan dikebumikan. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Pok Gelang Patah lebih kurang pukul 7mlm..Aku doakan semoga roh2 mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. AMIN. Buat keluarga sepupuku,takziah diucapkan dan banyakkan bersabar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jua kita dikembalikan. Al-Fatihah.

3 comments:

aiDieNa said...

Takziah buat sepupu noryn.. sedehnya..

Noryn said...

Terima kasih Kak Pah.. tu lah mmg sedih sangat2 bila tengok baby ngan abg dia..

Anonymous said...

Innalillah... Al-fatihah..
wak, kita baca meremang bulu roma.. memang menyentuh hati... tp kita tak terbaca plak berita kat satkabar tu