NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Tuesday, August 17, 2010

LAMA NYER TAK JENGOK BLOG NI
Lama rasanya aku tak jengok blog aku ni. Bukan apa, manusia ada kala bila penyakit malas tu dtg maka tergendala lah segalanya kan.. macam aku jugak. Start dari sebelum puasa hari tu, internet kat opis ni problem ditambahkan pulak takde citer2 menarik nak dikongsi.Aku pulak sibuk sbb baru2 ni mak aku kena stroke. tapi Alhamdulillah dia dah OK lepas kami adik beradik bawak pergi urut. cuma skarang ni dia ckp jer kurang clear sikit. Dah tak macam dulu, nak ketawa mengilai2 pun tak boleh. Raya tahun ni sebenarnya turn husband aku cuti. maklumlah dalam bomba ni cuti kena gilir2. Empat tahun sekali baru dapat cuti. Tapi elok tiba turn husband aku cuti jer, dia kena masuk singapore pulak. Kami baru plan nak sambut raya kat Kedah tahun ni sbb dah 2 tahun berturut aku raya kat Johor. Tak kesampaian lah nmpaknya hajat kami. Tapi takpe lah kalau ada rezeki nnt raya haji kami balik. Lagipun sambutan raya Aidilfitri kat kedah tak semeriah kat Johor tapi kalau raya haji tu mmg meriah lah berbanding Johor. Aku pulak skarg ni tengah bajet2. (kumpul duit) sbb kami dah plan pertengahan bulan 12 ni aku akan ke Perth, Australia... kalau tak pun kami nak pergi honeymoon ke Semporna Sabah. Aku doa2 semoga kami dapat pergi sbb kebiasaannya setiap tahun bulan 12 ni merupakan bulan bencana so biasanya cuti anggota akan dibekukan so segala apa yg dirancang mesti tak kesampaian.

puasa ke tak puasa ke muka aku tetap sama.. montel.. dah tak leh nak adjust
(sebenarnya tak tau nk letak gambar apa. Haruslah letak gambar owner blog kan)

3 comments:

Emy said...

mak ko nape? ok dh?? nape tiba2 leh stroke tuh?

yatispeed said...

wahhh..mata kelabu uols..

Anonymous said...

awak... nape ngan mak piah?? dah okey ker sekarang??

kita doakan yg terbaek utk mak piah..

kim slm kt dia..

take care