NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Monday, March 1, 2010

KURSUS INDUKSI
Amboi lamanyer rasa aku tak update kan blog aku ni.. bukan apa. bz sesangat, pergi kursus lah, cuti lah, sign option lah, pc rosak lah dan macam2 lagilah benda2 yang buat kan aku tak dpt nak update blog aku ni.. takpelah kita proceed jer lah citer sepanjang bulan lepas yer.. Seperti mana yang tertera kat gambar bawah ni korang mesti dah tau nyer kan.. aku kena gi kursus induksi. sebenarnya kursusni khas untuk kakitangan gunasama yang kerja kat bomba. Bila dah pergi kursus ni barulah kita org tau betapa lah susahnya jadi anggota bomba ni. bukan fizikal jer nak kena kuat mental sekali... kursus ni dijalankan selama 3 hari 2 malam. kami bertolak ke pusat latihan bandar penawar lepas solat jumaat. sampai2 jer terus check in n then g register n minum petang. aktiviti kami bermula pada sebelah malam.... memang penat tapi sangat best.. mcm nak pergi lagi jer... kalau aku nak cerita satu persatu aktiviti confirm korang tak larat nak baca so aku ringkas kan jelah cerita nyer mengikut gambar yang ada ni yer.. kalau citer detail pun korang mesti tak paham sangat kan. maklumlah kerja2 bomba.. sebenarnya kami pun tak tahu. tapi bila dah didedahkan masa kursus ni baru kami paham lah sikit2 bidang2 kebombaan. seperti biasa gambar kat bawah ni tak tersusun aku main letak jer.. tapi semua nyer tetap berkisar tentang kursus tu.


Masa ni kami di minta untuk action betul2 macam anggota bomba. Urusetia buat kebakaran di beberapa tempat dan suruh kami ni padam kan. adalah dalam 5 kebakaran serentak so group2 ni dibahagikan ke tempat2 yg terbakar tu. Mula2 dia org main2 buat terbakar tetapi last2 kabin yang warna hitam tu betul2 terbakar. Masa tu pulak angin kencang. Panic sekejap

Masa ni aktiviti membentang hose.. berat satu hose tu lebih kurang 15 kg...

Jasni saidin masa ni jadi pembantu untuk xcersice tu. dia jadi mangsa yg patah kaki dalam kebakaran. Haru sungguh lah aku nengok laki aku masa ni.

Ini pulak aktiviti waktu malam. kami diminta untuk bersiap sedia untuk terima call bermula 9.00 mlm hingga 4.00 pg. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan so bila ada call jer terus kami lari lintang pukang ke jentera utk ke tempat kejadian. so malam tu group aku dapat 2 call. call yang pertama adalah panggilan palsu, dan call yang ke dua pulak kebakaran masjid. Ceritanya ada sorang mamat ni, dia mat pet alah mat gian.. yang hisap dadah.. dia curi barang masjid lepas tu dia bakar nyer masjid tu. tapi org kampung berjaya tangkap mat pet ni. apa lagi teruk lah dikerjakan org kampung. Bila kami sampai kat tempat tu jer aku tengok laki aku dah terbaring kat atas jalan raya.

Rupa-rupanya laki yang yang berlakon jadi mat gian tu.. so aku apa lagi terkejut lah nengok laki aku dah terbaring... yang pakai topi kuning tu aku yang terkial2 nak angkat dia letak kat dalam stretcher.



Ni suasana dalam kelas

Masa ni kami diminta untuk berjalan dalam gelap dan diajar cara2 macam mana nak berjalan dalam gelap jika berlaku kebakaran.

Group aku yang tengah mencari check point kita org.

Aku yang dipilih untuk menjadi pencatit situasi.. tapi memandangkan maklumat tak sampai kat aku so aku posing jer lah kat situ.. dah lah panas giler.. terbakar habis muka aku ni ha...

Masa majlis penutupan sempat pulak ada majlis khas untuk peserta yang sambut birthday bulan Januari n Februari.. so tu yang ada kek. aku macam biasa interprem jer lah.. sbb birthday aku bulan Mac ni yer...


Pada pandangan aku kursus induksi ni berjaya 100% sebab walaupun kami letih dengan aktiviti yang dijalankan tapi kami sangat gembira dan puas hati.. hope next time dapat pergi lagi kursus2 anjuran bomba...

1 comment:

Stooky Store said...

jasni a.k.a jebon...huhu