NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Tuesday, August 14, 2012

SAYANGILAH ANAK-ANAK KITA

EEmmm...sedihnya rasa petang ni. Tak tau nak luah kat siapa jadi sekali lagi blog ni jadi tempat nak lepaskan apa yang terpendam kat dalam hati ni... baru kejap ni ada sorang pompuan datang nak buat bayaran kat opis aku ni. Dia datang dgn seorang budak lelaki, berbadan sgt montel, rupanya itu anak dia. Tiba2 aku dengar si pompuan ni memekik2 kat luar bilik aku sambil pukul anak dia. kesian aku tengok budak tu. Melalak2  kena bedal ngan pompuan tu.

Aku pun keluar dari bilik tnya kat pompuan tu "nak tunggu siapa?" pompuan tu ckp dia nak buat bayaran, Lah kesiannya adik kenapa nangis?? terus pompuan tu jwb dia nak beli mainan! dh lah bakar rumah...kecik2 dh bakar rumah! rupanya rumah pompuan ni terbakar masa dia keluar bekerja.. mungkin sbb tension tu yg dia jd macam tu. meroyan.!!! bila aku tanya ni anak awk ke? anak  nombor brapa? dia jawab anak first, ada 3 org lagi bawah dia...MAK DATOK!!!!! X sangka betul aku. anak dia 4 org tp bila tanya husband dia geleng jer.. (xde lah tu) yg buat aku insaf sekejap bila aku tgk seluar budak tu ternganga dah xleh nak zip. mungkin dh xde seluar lain  kot...kesian,, bila tanya dah beli baju raya dia geleng jer..sedihnya! Tiba-tiba budak tu tunjuk kat aku ada bekas luka kat tgn dia, bila aku tanya kenapa? dia jwb mak tikam ( sebenarnya bukan bekas tikam tapi bekas kena cekau, kulit dia tersiat sket, lepas tu adalah kesan2 luka lain) rasa cam budak ni selalu kena pukul dgn mak dia... 

Bila aku tengok muka mak dia aku rasa mmg pompuan ni tgh tensen giler, apa x nya dh lah nak raya, rumah pulak terbakar, terpaksa cari bilik menyewa..anak ramai, laki x de... kesana kesini naik teksi jln panas2... nak kerja cari duit lagi.. emmm x taulah... eee.. bebannya... td aku nak jer tnya kalau2 dia nak bagi aku sorang anak dia... boleh lah ringan kan sket beban dia... tp tak tertanya lah pulak..Bila aku tgk keadaan dia dua beranak mula lah aku teringat kat anak2 aku,,, walaupun anak2 aku x lah semewah anak2 org lain tp dari segi kesempurnaan tu rasanya cukup.. jugaklah.. bersyukur jugak lah kan..apa yg dia org nak semua dpt walau pun bukanlah brg yg mahal2......

Masa nak balik tadi sempat jugak lah aku sedekah kan kuih raya 2 telap, kebetulan tadi ada org bagi kat aku & bagi duit raya kat dia RM10...aku doakan semoga perjalanan 2 beranak ni selamat dan dipermudahkan Allah... sedih bila tengok budak2 kecik terabai tambahan pulak  bila x tau mana mak ayahnya!!

1 comment:

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)