NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Thursday, December 3, 2009

CUTI RAYA AIDILADHA

Lama dah rasanya aku tak jengok blog aku ni maklumlah cuti raya lah katakan. Dah 2 minggu aku tak masuk office. start dari 20.11.09 hari tu sampailah 2.12.09. hari ni baru aku duduk kat kerusi office ni. mcm blur lah pulak bila dah lama cuti ni. penat masih terasa walaupun bukan aku yang drive.... kat bwh ni adalah jadual aku sepanjang 2 minggu lepas.
  • 20.11.2009 - taklimat ketua pengawas di Putrajaya
  • 23.11.2009 - jaga peperiksaan PTK bagi KB 17 di BBP Tangkak
  • 24.11.2009 hingga - bertolak pulang ke kampung KULIM Kedah........
  • 30.11.2009 - bertolak dari kampung menuju ke Brinchang, cameron highland
  • 1.12.2009 - bertolak balik ke JB
  • 2.12.2009 - aktiviti membasuh baju, mengemas, masak dll di rumah..............

ni masa baru nak gerak balik ke kampung.



Macam biasa lobo mmg suka ikut kita org jln2. dia nak jumpa kawan dia kat kulim so kami pun tumpangkan lah dia...kesian plak nak biar dia naik bas. Walau perjalanan baru bermula anak2 aku dah start tenganga tidur kat belakang..


AKTIVITI KAT KAMPUNG

pada awal nye aku dah janji ngan anak2 nak bawak dia org mandi kat Gambang, pahang. husband aku ckp kt situ ada tempat baru bukak. ala2 mcm kat wet world lah gitu tempat mandi bebudak. tapi disebabkan laluan nak ke tempat tu banjir, amatlah tak sesuai dan tak berbaloi kalau aku bawak dia org mandi kan. so bagi tak menghampakan anak2 aku, husband aku pun bawak lah dia org mandi sungai kat belakang rumah mak mertua aku. jadilah kan dari tak bawak langsung. dia org ni bukan tau pun yg penting boleh berenang n main air. Air kat sungai tu takde lah dalam, cetek jer tp arus boleh tahan lah kuat gak. tp tak lah sampai boleh hanyut. tak lah susah sgt aku nak monitor bebudak tu, air dia cuma paras peha anak2 aku jer...... disebabkan seronok sgt esok nyer kami repeat lagi. kali ni kami join geng2 budak kampung yg sama2 lepak kat sungai tu sambil tahan ikan... mereka2 ni bukan org lain, anak menakan husband aku gak....


FIRST DAY



Piece!!!!


SECOND DAY

inilah ikan talapia yg bebudak tu dapat masa tahan ikan kat sungai, husband aku tumpang posing jer. .. besar kan.... berbaloi2...

Ni masa baru-baru dpt ikan. meriah walau dpt sekor jer..

bila dah lama berenang sure lapar nyer kan. nasib baik mama ada bawak mee hoon yg nenek goreng.

Lepak ngan Amirul anak menakan husband aku ( bg yg tak tau, anak sedara tu org kedah ckp anak menakan)


Amy tengah masak maggie Cintan



AKTIVITI PETANG HARI RAYA SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT


Petang tu aku berkesempatan bawak anak2 aku gi tengok org sembelih kerbau. kerbau ni nak dimasak utk majlis kawin anak sedara husband aku. banyak nyer anak sedara dia kan.... jadi ni bukanlah kira korban tp lebih kurang lah.. bila dah disembelih tu kira terkorban lah kan.. mula2 suasana tenang tp bila tengok kerbau tu meronta masa dah kena sembelih terus irfan jd takut. dia terus lari menuju aku dgn muka yang pucat " mama, napa org bunuh dia, kan dia dah nak mampus. Jom lah kita balik" tergelak aku dengar irfan masa tu.


KERBAU YG DIKORBAN@ TERKORBAN

Masa ni bagi kerbau tu makan rumput puas2 dulu. Ini kira santapan terakhir lah kan. cuba yg nak kena korban ni manusia confirm dah takde selera tp disebbkan dia seekor kerbau, selamba jer makan walaupun nyawa dihujung tanduk dah ni.


Dah selamat dikorbankan

aktiviti melapah

Husband aku amik tang2 kepala jer. apa kata kita amik tanduk dia letak kat depan kereta abg nak tak? hehhehe...


HANTAR ROMBONGAN PENGANTIN KE KUALA KEDAH

masa hari raya ke 2, kami pergi pulak hantar rombongan pengantin ke Kuala Kedah. perjalanan mengambil masa dalam 2 jam. balik dari kuala kedah kami terus pulak singgah ke Padang Serai.. jemputan jugak..banyak nyer jemputan. ada gak yg tak dan nak pergi sbb dah tak larat.

masa baru nak gerak

tengah makan kenduri kari kiri alang, bobo ngan dik biah.

Bapa n Ibu mertua aku yang jadi pengapit pengantin

Ni adik beradik husband aku tp yg tudung biru tu bukan yer. Itu mak saudara dia Tok Jah. Yang cangkung tu Pah@ alang, baju merah tu kak suria@ angah, yg baju hijau tu moksu @ biah. yg kat depan tu Atirah anak kak suria dan yg tak berbaju sebelah aliff tu Bobo anak biah....

KHAISARAH@BOBO, ALIFF DAN ATIRAH


LAST DAY


malam last aku kat kampung sempat gak aku ajak husband aku gi makan char kway teow. setiap kali aku balik kmpung mesti ajak dia makan kat sini. kalu dia tak bawak confirm muka aku jadi muka mak tungkik .. ( bahasa yg husband aku guna bila aku buat perangai) Sedap dan cepat. kali ni aku ajak sekali family mertua aku makan.


husband aku, bapa mertuaku, alang



Ni masa dah on d way dah nak balik. tapi kami tak terus balik ke jb. perjalanan kami seterusnya adalah ke BRINCHANG, CAMERON HIGHLAND.. yg tu nanti aku buat n3 lain yer.

No comments: