Hari ni aku mcm rajin jer nak upload gambor lama2 yg ada kat pc aku ni. Saje jer nak kongsi. awal tahun hari tu husband aku ada latihan menyelam kat pulau tinggi mersing. Latihan ni melibatkan semua diver bomba yg ada kat johor.. Kami di bahagian pengurusan diberi peluang utk mengikuti latihan yg diadakan selama 3 hari 2 malam. aku gi dgn beberapa staf kat bahagian pengurusan termasuk bebudak PKS. Happy giler... kami pn diajar teknik berenang, jungle tracking dll lagi yg aku rasa mmg best giler... walaupun aku ni sebenarnya tak minat mandi laut tapi disebabkan terpaksa akhirnya aku pn join lah jugak aktiviti kat laut tu.... satu hari jer aku kat laut dah macam org kuala jadinyer. Hitam legam....... dan aku amik masa lama jugak lah nak pulihkan balik muka aku yg hitam tu.. mcm2 pengalaman aku dapat belajar masa tu yg paling seronok aku dapat tangkap gambar hantu masa kitaorg tgh buat jungle tracking. Tidur kat dalam khemah bersama ngan bebudak PKS. Disebabkan letih yang teramat kami semua mengorok (berdengkur) sampai x sedar rupaya kita org berlawan dgn khemah2 disebelah. sampai ada yg x leh nak tidur dek dengkuran dari beberapa buah khemah kat situ.... biasalah bila dah penat segala mcm muzik pn boleh kuar....Mlm akhir tu kami sempat buat barbercue. bayangkan 2 ekor kambing habis dalam masa beberapa jam jer walaupun peserta kursus termasuk kami tak sampai seratus org.. kuat nyer dia org makan kambing...Memang hantu Kambing sungguh. Husband aku adalah salah seorg dari hantu itu.......next time kalu ada peluang mesti aku join.........P/S: SORRY YER GAMBOR KAT BAWAH NI DAH TUNGGANG TERBALIK . LAYAN JE LAH!!!
Pasangan bahagia Lobo dan Wan Shahamimah. Hope korang kekal ke jinjang pelamin. Hehehe ...
Sila abaikan suamiku yg tak berbaju tu yer. Ni ada lah antara bebudak PKS yg join. Dina, Lobo n Dila......
tengah berkemas nak balik
dlm perjalanan buat jungle tracking
sempat lagi pose ngan laki aku sebelum dia turun menyelam. bagi support lah katakan.
Ni gambar hantu yang aku ckp tu. Mcm tak cayer jer. mula2 aku ingatkan flash tp bila diamati bebetul rupanya bukan...
Ni masa laki aku nk turun menyelam.
Tengah berkumpul nak mula kan jungle tracking.
Masa baru nak bertolak ke Pulau. Naik bot kevlar. Laju giler..best melambung2... Yang depan pakai topi tu adalah ketua Kursus Tn Hamid S Abdullah. dia mmg sporting tp tegas. yg x best nyer sekarang dia dah bertukar ke HQ Putrajaya.
2 comments:
laki hg nama jasni a.k.a jebon nama dia kat kulim...wakakaakk..terjumpa plah ahli bomba tu kat blog nie
Hang org kulim ker? kat jb ni depa panggil dia robert...aku jer yang suka guna full name dia kat blog ni ha..
Post a Comment