NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

NORYN + JASNI + ALIFF + IRFAN = MY FAMILY

Thursday, July 16, 2009

Trip ke Bandung dan Jakarta

Bulan Mei Cuti Sekolah hari tu aku ke Bandung dan Jakarta Indonesia. Ikut trip PERISMA (Persatuan Isteri-isteri Bomba). Sebenarnya persatuan ni bolehlah dikatakan aktif jugak. Last year kami gi sarawak, this year ke Indonesia and next year cadangnyer nak ke Adelaide Australia. Aku ni boleh dikatakan rajin lah jugak joint aktiviti makcik2 ni. Maklumlah dah jd isteri bomba kenalah join.Trip kami kesana selama 4 hari 3 malam. 2 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Kalau nak dibandingkan Bandung ngan Jakarta, aku lebih prefer Bandung sebab kat Bandung lagi sejuk. Jakarta sangat panas n tak berapa bersih.. shopping memang best giler.... murah beb...... bayangkan telekung yg harga RM 200 kat sini cuma dalam Rm 75 jer kat sana... sangat murah.... dan disebabkan itulah aku membeli sampai aku dikenakan tax masa aku sampai kat airport senai.. adeker pegawai tu kata aku nak menjual kat sini....... tak patut betul . aku dengan nada kesian pun cakaplah yg baju2 tu org kirim... maklumlah pertama kali travel ke sana.. ( dengan harapan dia kesian so takyah lah bayar tax) tp last2 kena gak RM 50.00. Nasib tak banyak...

ni gambar masa aku kat Gunung Tengkuban Perahu kat Bandung.. Best Sejuk ...

Ni gambar aku bersama dengan wife pengarah aku Pn Jalilah n anak-anak dia.....


Ini lah kedai tempat aku shopping telekung.. Pasar Baru kat Bandung yg murah giler....


Ini adalah sebahagian dari gambar pengemis di Bandar Jakarta .... kesian.... mcm2 cara nak hidup..


No comments: